Tuesday, April 26, 2011

SIAPA AHLULKITAB?

 Home Republika Online

Kamis, 24 Maret 2011 pukul 15:51:00
Harda ArmayantoAlumnus Institut Studi IslamDarussalam GontorDalam tradisi Islam, para mufasir senan -tiasa ber pendapat, istilah ahlul kitab merujuk pada dua komunitas: Yahudi dan Nasrani. Dalam perkembangannya, sebagian kalangan menjadikan pengertian ahlulkitab hingga semakin jauh dari apa yang telah di kaji oleh para ulama di masa lalu. Kata mereka, ahlulkitab dapat mencakup semua agama yang memiliki kitab suci, atau umat agama-agama besar dan agama kuno yang masih eksis sampai sekarang, seperti golongan Yahudi, Nasrani, Zoroaster; Majusi, Shabi’un, Hindu, Budha, Konghucu, dan Shinto. (Lihat, misalnya, Nurcholish Madjid, Islam Doktrin dan Peradaban, (1992), dan Huston Smith, kata pengantar dalam Frithjof Schuon, The Trancendent Unity of Religions, (1984)).Klaim ini disandarkan pada argumen, setiap kaum telah diutus bagi me reka nabi-nabi yang membawa risalah tauhid; umat-umat terdahulu berasal dari satu kesatuan kenabian; setiap kaum memiliki sirath, sabil, syari’ah, thariqoh, minhaj, mansakhnya masing-masing. Sebagian kalang -an menarik kesimpulan lebih jauh lagi: karena penganut semua agama dianggap sebagai ahlulkitab, tidak ada bedanya antara Islam dan agamaagama yang lain. Bahkan, semuanya akan selamat di akhirat kelak.Pandangan-pandangan semacam ini jelas bertentangan dengan pandang an para mufasir di masa lalu dalam tradisi intelektual Islam. Sebagai con toh at-Thabary (w 310 H), al-Qur thu by (w 671 H), dan Ibn Katsir (w. 774 H) yang mengatakan, term ahli kitab tertuju kepada komunitas Yahudi dan Nasrani. (at-Thabari, Tafsir at-Tha bari, juz. 5, (Kairo: Hajar, cetakan I, 2001). Juga: al-Qurthuby, al-Jami’ li al-Ahkam al-Qur’an jilid II, (Beirut: Muassasah ar-Risalah: cetakan I, 2006), Ibn Katsir, Tafsir Alquran al-‘Adzim jilid II, (Giza: Mu’assasah Qordhoba-Maktabah Aulad al-Syaikh li al-Turats, cetakan I, 2000)). Lebih khusus lagi, Imam al-Syafi’i (w 204 H) berpendapat bahwa yang termasuk ahli kitab hanyalah peng -ikut Yahudi dan Nasrani dari Bani Israil. (Muhammad ibn Idris al-Syafi’i, Al-Umm, jilid 6, diedit oleh Rif’at Fauzi ‘Abd al-Mathlab, (T.Tmpt: Dar al-Wafa’, cetakan I, 2001).Istilah dalam AlquranTerm ahlulkitab disebutkan secara langsung di dalam Alquran sebanyak 31 kali dan tersebar pada sembilan su -rat yang berbeda. Kesembilan surat tersebut adalah...

Berita koran ini telah melewati batas tayang. Untuk mengakses, silakan berlangganan.
Bagi Anda yg sudah berlangganan, silakan login disini.
Bagi Anda yg belum mendaftar berlangganan, silakan registrasi disini.


Index Koran

View the original article here

Kritik atas Tafsir Ahmadiyah

 Home Republika Online

Kamis, 17 Februari 2011 pukul 14:22:00
Dr Muchlis M HanafiDewan Pakar Pusat Studi Alquran, JakartaKonon, suatu ketika Imam Ali RA mengirim Ibnu Abbas untuk ber debat dengan kelompok Khawarij terkait pemahaman mereka yang keliru. Beliau berpesan agar Ibnu Abbas tidak mendebat mereka dengan ayat-ayat Al qur' an, sebab Alquran itu hammalun dzu wujuh, mengandung berbagai kemungkinan penafsiran, yang boleh jadi dimanfaatkan oleh mereka untuk mencari pembenaran terhadap paham tersebut.Memang, hampir semua paham dan aliran dalam Islam, termasuk yang keliru dan sesat, berlabuh pada Alquran. Tak terkecuali Jemaat Ahmadiyah Indonesia (JAI) yang berafiliasi pada Ahmadiyah Qadianiyah internasional. Kelompok Qadian inilah yang menjadi sasaran SKB Menteri Agama, Menteri Dalam Negeri, dan Jaksa Agung tahun 2008 agar mereka menghentikan penyebaran paham keagamaan yang menyimpang dari pokok ajaran Islam.Dalam menyebarluaskan pemahamannya, JAI menerbitkan Al-Quran dengan Terjemahan dan Tafsir Singkat. Buku tersebut merupakan terjemahan edisi ringkas dari The English Com men tary of the Holy Quran hasil suntingan Mirza Ghulam Farid atas Tafsir Shaghir karya Mirza Basyiruddin Mahmud Ah mad, putra Mirza Ghulam Ahmad, yang bergelar Khalifatul Masih II, dan The Holy Quran with English Translation and Commentary. Edisi ini telah diterjemahkan ke dalam 100 bahasa dunia, termasuk Indonesia.Seperti umumnya karya tafsir, Tafsir Jemaat Ahmadiyah banyak merujuk ke kitab tafsir yang populer di kalangan umat Islam seperti Al-Kasysyaf, Al-Bahr al-Muhith, dan lainnya, walaupun terkadang ditemukan kutipan yang tidak tepat atau sempurna sehingga terkesan sekadar mencari pembenaran klaim tertentu yang sesungguhnya tidak terkandung dalam kutipan tersebut.Tafsir itu juga menggunakan hadis sebagai penjelas Alquran dengan me ru juk kitab-kitab hadis yang populer di kalang an umat...

Berita koran ini telah melewati batas tayang. Untuk mengakses, silakan berlangganan.
Bagi Anda yg sudah berlangganan, silakan login disini.
Bagi Anda yg belum mendaftar berlangganan, silakan registrasi disini.


Index Koran

View the original article here

Monday, April 25, 2011

Imam Ali Menuntut Jawatan Khalifah

Salam wa rahmatollah. Bismillahir Rahman Ar Rahim

Dalam siri Imamah yang lepas, telah diberikan banyak dalil yang membuktikan Imamah Ali Ibn Abi Thalib serta wilayah Ahlulbait(as) ke atas umat Islam. Persoalan yang timbul ialah jika benar perlantikan ini terjadi, dan arahannya adalah dari Rasulullah, maka mengapakah beliau tidak menuntutnya, meskipun perlu kepada pertumpahan darah? Ingat, ini bukan perkara kecil kerana ia adalah perintah Allah dan RasulNya.

Jika anda mengatakan Imam Ali langsung tidak menuntut jawatan khalifah adalah tidak tepat sama sekali. Bahkan beliau telah memencilkan diri di rumah beliau tanpa memberikan baiat kepada Abu Bakar, sehingga memaksa si khalifah datang menemui beliau dengan harapan Imam Ali mengakui kedudukannya.

Imam Ali mengemukakan beberapa soalan kepada beliau, khususnya mengenai hak sebagai khalifah, secara langsung selepas kewafatan baginda Rasul adalah miliknya berdasarkan hadis-hadis Rasulullah yang melantik beliau di Ghadir Khum. Dalam sesi dialog ini Abu Bakar mengakui hak Imam Ali, dan hampir menyerahkannya semula kepada  beliau, jika tidak kerana campur tangan Umar. Berikut ialah sesi dialog itu.

Imam berkata kepada Abu Bakar, “Aku adalah hamba Allah dan saudara RasulNya!”

Lalu berkata kepada seseorang kepada Imam Ali, “Berbaiatlah kepada Abu Bakar.”

Imam Ali: Aku lebih berhak kepada jawatan ini, dan aku tidak akan membaiat kamu, kerana kamu lebih patut membaiat aku. Kamu mengambil jawatan ini dari Ansar dengan alasan kekerabatan kamu dengan Rasulullah(sawa), sedangkan kamu mengambilnya dari kami, Ahlulbait Nabi secara rampasan. Kamu membuat dakwaan atas golongan Ansar bahawa kamu lebih layak akan jawatantersebut kerana kedudukan kamu di sisi Rasulullah, lalu mereka menyerahkan kepada kamu tampuk pemerintahan. Sekarang aku berhujah dengan kamu sebagaimana kamu berhujah dengan kaum Ansar bahawasanya kami Ahlulbait lebih layak di sisi Rasulullah samada hidup atau mati. Oleh itu, kembalikanlah kepada kami sekiranya kamu orang-orang yang benar. Jika tidak, kamu sebenarnya telah mengembalikan semula kezaliman sedang kamu menyedarinya.”

Lantas Umar berkata: “Kamu tidak akan dibiarkan begitu sahaja hinggalah kamu berbaiat.”

Imam Ali: “Perahlah susu dengan sekali perahan, dan untukmu separuh darinya. Berilah sokongan penuh mu kepada Abu Bakar, agar dia menyerahkan kepada mu(jawatan khalifah) esok.”(*Dan memang benar ia terjadi seperti mana yang diucapkan beliau, jawatan khalifah diwariskan tanpa Syura terus kepada Umar)

Imam Ali meneruskan hujahnya: “Demi Allah wahai Umar, aku tidak menerima kata-kata mu dan aku tidak mungkin akan membaiat.”

Abu Bakar: “Sekiranya dia tidak mahu membaiat, maka aku tidak mahu memaksanya.”

Rujukan: Al Imamah wa Siyasah; Ibnu Qutaibah, hal. 23

Setelah itu rumah Imam Ali dikepung oleh sekumpulan samseng, yang mengaku diri mereka sebagai sahabat Rasul, bahkan diancam bakar jika mereka tidak mahu keluar memberi baiat. Maka beberapa orang dari pengikut Imam merasa takut lalu menyatakan persetujuan, maka tinggallah hanya beberapa orang yang tetap setia bersama Imam. Setelah itu Imam Ali diheret keluar bertemu dengan Abu Bakar, dan di situ penyokong Abu Bakar berkata kepadanya:

Penyokong Abu Bakar(PAB): Baiatlah Abu Bakar!!

Imam Ali: Jika aku tidak mahu membaiat, apa yang akan kalian lakukan?

PAB: Demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, kami akan memancung leher mu!

Imam Ali: Jadi kamu sanggup membunuh seorang hamba Allah dan saudara Rasulnya?

Umar mencelah: Kamu memang seorang hamba Allah, tetapi bukan saudara Rasulullah!

Ketika pertengkaran sedang hangat berlaku, Abu Bakar hanya diam membisu tanpa berkata sepatah pun. Melihat keadaan itu, Umar berkata pada Abu Bakar: “Tidakkah kamu mahu mengeluarkan sebarang perintah terhadap tindakan Ali ini?”

Abu Bakar menjawab: “Aku tidak mahu memaksanya selagi Fatimah ada di sisinya.” Setelah itu, Imam Ali dilepaskan lalu beliau berlari ke kubur Rasulullah(sawa) sambil berkata: “Wahai sepupuku, sesungguhnya kaum itu menghinaku dan mahu membunuhku.”Al Imamah wa Siyasah; Ibnu Qutaibah, hal. 25

Setelah dialog ini, Imam Ali dibiarkan tanpa berbaiat selama 6 bulan, sehingga pemergian Fatimah Zahra. Dialog di atas dipetik dari kitab Al Imamah wa Siyasah karangan Imam Ibnu Qutaibah ad Dainuri. Beliau adalah di antara ulama Ahlul Sunnah yang dipercayai kutipannya. Antara karangan beliau yang mashyur ialah:

Gharibul QuranGharibul HadisMusykilul QuranUyun al AkbarAl MaarifAdabul Katib

Berikut ialah beberapa ulasan ulama Sunni tentang keperibadian Ibnu Qutaibah:

Ibnu Khalikan berkata: Ibnu Qutaibah ialah seorang yang dihormati Allah dan dipercayai.(Siyaru Alamin Nubala: 13/296-302 dan Wafayatul Ayan: 2/246)Ibnu Katsir berkata: Ibnu Qutaibah ialah seorang yang paling dipercayai dan terhormat. (al Bidayah wa An Nihayah; 2/48)Ibnu Hajar berkata: Ibnu Qutaibah ialah seorang yang dipercayai dalam ucapannya.(Lisanul Mizan, 3/357)Maslamah bin Qasim berkata: Ibnu Qutaibah ialah seorang yang dipercaya dikalangan Ahlul Sunnah.Az Zahabi berkata: Ibnu Qutaibah bukanlah ulama hadis, tetapi beliau ialah ulama yang mashyur. Di sisinya ilmu-ilmu yang banyak dan penting. (Siyaru Alamin Nubala; 13/196-302)

Sekiranya masih ada yang kurang berpuas hati dengan nukilan riwayat di atas, maka akan saya bawakan perbandingan dari kitab-kitab Ahlul Sunnah yang lain, iaitu Sahih Bukhari(Hadis Bilangan 3711,3712,4035,4036,4240,4241,6725&6726), Sahih Muslim(Bil. 4555), Sunan Abu Daud(Hadis 2968-2970) dan Sunan An Nisa’i(Hadis 4152)

Menerusi kitab-kitab di atas, jelas memperlihatkan penyesalan Abu Bakar ketika sesi dialog yang kedua dengan Imam Ali selepas kewafatan isterinya.

Secara ringkas, riwayat telah menceritakan bahawa setelah Fatimah datang bertemu Abu Bakar untuk menuntut haknya, yakni tanah Fadak dan Khumus, Abu Bakar enggan menyerahkannya bersandarkan kepada hadis yang berbunyi: “Kami para Nabi tidak mewariskan dan apa yang kami tinggalkan adalah sedekah.”(Hadis ini palsu riwayat Abu Bakar, akan dibuktikan). Mendengarkan alasan itu, Fatimah sangat berdukacita lalu menjauhkan dirinya dari Abu Bakar serta tidak bercakap dengan beliau sehingga wafat. Fatimah(sa) hanya hidup 6 bulan setelah kewafatan bapanya.

Sebelum beliau wafat, Fatimah telah mewasiatkan suaminya agar melarang Abu Bakar atau sesiapapun menyembahyangkannya. Bahkan jenazah suci beliau perlu dikuburkan ditempat yang tidak diketahui oleh orang ramai.

Ketika hayat isterinya, orang ramai masih memberi tumpuan kepada Imam Ali. Sebaliknya setelah pemergian Fatimah, tumpuan masyarakat mula berkurangan. Seterusnya Imam mencari jalan penyelesaian dengan menjemput Abu Bakar untuk berdialog, dengan syarat Umar tidak turut serta. Namun Umar tetap mahu mengiringinya.(*Umar berasa takut, jika Abu Bakar pergi seorang diri, beliau akan kalah dalam hujah-hujah Ali, maka kita dapati, Umar lebih banyak bercakap dari Abu Bakar)

Diantara teks dialog tersebut Imam Ali berkata kepada Abu Bakar: “Kamu merampas hak khalifah tersebut dari kami, dan kami melihat bahawa kami(ahlulbait) ada hak kerana kekerabatan kami dengan Rasulullah!” dan imam terus berbicara hingga Abu Bakar menangis teresak-esak.

Cuba anda perhatikan teks riwayat yang saya bawakan dari Sahih Muslim. Teks riwayatnya seperti ada yang tertinggal atau mungkin sengaja dibuang. Ia hanya mengemukakan dialog “…dan beliau(Imam Ali) terus berbicara hingga Abu Bakar menangis teresak-esak.”

Persoalannya apa yang membuatkan Abu Bakar menangis teresak-esak? Di manakah perginya teks dialog lain yang mengharukan itu, sehingga Abu Bakar menangis tersak-esak? Apakah sekadar Imam berkata “anda telah merampas hak kami…” sudah cukup membuatkan Abu Bakar menangis?

Berikut akan saya kemukakan teks dialog diantara Abu Bakar dan Imam Ali yang membuatkan dia menangis menurut catatan Allah Thabrisi di dalam kitab Al Ihtijaj: 1/115-129, kemudian saya akan merujuk kitab-kitab Ahlul Sunnah sebagai pengukuh kepada kesahihan hadis-hadis tersebut.

Daripada Jaafar, yang meriwayat dari bapanya Muhammad yang meriwayat dari bapanya Ali meriwayat dari bapanya Hussain meriwayat dari bapanya Ali bin Abi Thalib:

“Setelah selesai urusan Abu Bakar dan pembaiatan orang ramai kepada nya serta tindakan ancaman terhadap Imam Ali(as) Abu Bakar masih tetap mengharapkan Imam Ali memberi baiat, bagaimanapun Abu Bakar menerima reaksi negatif daripada Imam(as). Abu Bakar menganggap perkara ini sebagai serius, lalu ingin berjumpa dengan beliau dan meminta penjelasan dari Imam. Abu Bakar juga memohon maaf kepada beliau di atas pembaiatan orang ramai, dan ia berlaku bukan di atas kehendaknya, yang tidak mahukan jawatan khalifah, disebabkan oleh kelemahannya. Abu Bakar mengadakan pertemuan 4 mata dengan Imam Ali(as).

Abu Bakar: Wahai Abul Hassan. Demi Allah, perkara ini(jawatan khalifah) bukanlah benar-benar keinginan ku, kerana aku sendiri tidak mempunyai keyakinan pada diriku terhadap keperluan umat ini. Aku tidak memiliki harta yang banyak, dan keluarga ku pula ramai. Oleh itu, mengapa kamu menyembunyikan diriku apa yang aku tidak berhak dari kamu. Kamu melahirkan kebencian terhadap diriku?(Al Imamah was Siyasah; Hal.18-19, Marujuz Zahab;2/302, Tarikh Yaakubi;2/127)

Imam Ali: Apa yang mendorong kamu untuk memegang jawatan khalifah ini sekiranya kamu benar-benar tidak menginginkannya? Bahkan kamu merasa kurang yakin dengan dirimu sendiri dalam mengendalikannya.

Abu Bakar: Sebuah hadis yang aku mendengarnya daripada Rasulullah(sawa): “Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat menuju ke arah kesesatan” maka dengan ini, apabila aku melihat kesepakatan(ijmak) orang ramai atas perlantikan ku, maka aku mengikuti sabda Nabi tersebut.(Milal wan Nihal: 1/9) Bahkan aku langsung tidak terfikir bahawa kesepakatan mereka menyalahi petunjuk. Oleh itu aku memberikan jawaban positif(dengan menerima perlantikan itu). Sekiranya aku mengetahui walau seorang pun yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu, maka pasti aku akan menolaknya.

Imam Ali: Sabda Nabi yang kamu sebutkan itu bahawa sesungguhnya umat ini tidak akan bersepakat menuju ke arah  kesesatan itu, adakah aku ini sebahagian dari umat atau tidak?

Abu Bakar: Tentu sekali kamu itu sebahagian dari umat.

Imam Ali: Adakah golongan yang menentang kamu itu seperti Salman, Ammar, Abu Dzar, Miqdad, Ibnu Ubbad dan orang-orang Ansar lain yang bersama mereka itu termasuk di dalam umat?

Abu Bakar: Semuanya termasuk di dalam umat

Imam Ali: Jadi bagaimana kamu boleh berhujah dengan hadis tersebut, sedangkan orang-orang seperti mereka telah membelakangi kamu? Sedangkan umat tidak mencela mereka, dan persahabatan mereka dengan Rasulullah sangat baik sekali?

Abu Bakar: Aku tidak mengetahui penentangan mereka berlaku selepas perlantikan khalifah. Aku bimbang sekiranya aku tidak mengambil berat perkara ini(hal pemeritahan) orang ramai akan menjadi murtad. Oleh itu tindakan mereka memilih ku adalah memudahkan untukku memberi pertolongan di dalam agama dan mengekalkannya dari permusuhan dikalangan mereka yang membawa mereka menjadi kafir. Aku menyedari bahawa kamu bukanlah orang yang dapat mengekalkan mereka dan agama mereka.

Imam Ali: Benarkah? Baik, beritahukan kepadaku tentang orang yang berhak menjadi khalifah dan dengan sifat apakah dia berhak ke atasnya?

Abu Bakar: Dengan nasihat, kesetiaan, akhlaq yang baik, melaksanakan keadilan, alim dengan kitab Allah dan sunnah Rasulnya, memiliki puncak kefasihan yang tinggi, zuhud dalam soal duniawi, tidak cintakan dunia, menyelamatkan orang yang tertindas samada yang jauh atau dekat..(setelah itu Abu Bakar terdiam..)

Imam Ali: Orang yang terawal memeluk Islam dan kerabat Nabi?

Abu Bakar: Ya

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah sifat-sifat tersebut ada pada kamu atau diriku?

Abu Bakar: Bahkan pada dirimu wahai Abul Hassan.(Lisanul Mizan:6/78, Al Manaqib Hal. 7, Al Bidayah Wan Nihayah,7/356)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah aku yang terawal menyahut dakwah Nabi dari kalangan lelaki atau kamu?

Abu Bakar: Kamu(Yanabi al Mawaddah: Hal 91-92)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah!Adakah aku yang mengisytiharkan surah Al Baraah(at Taubah) di musim haji akbar atau kamu?

Abu Bakar: Kamu.(Musnad Ahmad:1/56, Sahih Tarmizi: 2/461, Mustadrak al Hakim:2/51)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah aku yang mempertahankan(menjadi pengawal) di hari al Ghadir atau kamu?

Abu Bakar: Kamu.(Rujuk Siri:Imamah di Daftar Artikel)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah aku maula kamu dan keseluruhan kaum Muslimin melalui hadis Nabi di Ghadir atau kamu?

Abu Bakar: Kamu

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah ayat al Wilayah daripada Allah itu berkenaan dengan cincin yang aku sedekahkan atau kamu?

Abu Bakar:Kamu

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah wazarah(menteri/pembantu) bersama Nabi yang diibaratkan seperti Harun di sisi Musa itu aku atau kamu?

Abu Bakar: Kamu

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah Ayatul Thathir itu untukku, isteri ku dan anak-anak lelaki ku atau untuk kamu, isterimu dan anak-anakmu?

Abu Bakar: Kamu, isterimu dan kedua anak lelaki mu.

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah Rasulullah mempertaruhkan aku, isteriku dan kedua anak lelaki ku ketika ber Mubahalah dengan kaum Nasrani atau mempertaruhkan kamu, isterimu dan anak-anak lelaki mu?

Abu Bakar: Dengan kalian.(Peristiwa Mubahalah)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah aku, isteriku dan anak-anak lelaki ku yang didoakan oleh Rasulullah di hari al Kisa: “Ya Allah, mereka ini Ahlulbait ku, kepada Mu bukan ke neraka Mu” atau kamu sekeluarga?

Abu Bakar: Kamu dan anak isteri mu.(Rujuk perbahasan ayatul Thathir dan siapa Ahlulbait)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah aku yang dimaksudkan dengan ayat: Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya dimana-mana(Al Insan:7) atau kamu?

Abu Bakar: Kamu(Asbabun Nuzul Wahidi; hal 331, Tafsir Fakhrul Radzi: Ayat berkenaan, Al Isabah: 8/68, Usudul Ghabah: 5/350,Nurul Absar: Hal 102)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah aku atau kamu yang dikembalikan matahari untuk menunaikan solat Asar yang terlepas kemudian ia terbenam semua?

Abu Bakar: Kamu(Lisanul Mizan:5/76, Al Bidayah wan Nihaya: 6/80, Musykilul Atsar: 2/8, Yanabi al Mawaddah: Hal 137)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah kamu yang melegakan Rasulullah(sawa) dan kaum Muslimin dengan pembunuhan Amru bin Abdu Wudd(perwira hebat di perang Khandaq) atau aku?

Abu Bakar: Kamu(Lisanul Mizan:5/76, Al Bidayah wan Nihaya: 6/80, Musykilul Atsar: 2/8, Yanabi al Mawaddah: Hal 137, Kifayatuth Thalib: Hal 227)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah orang yang diamanahkan oleh Rasulullah sebagai utusan kepada jin, lalu mereka menyahutnya, adalah aku atau kamu?

Abu Bakar: Kamu(Kifayatuth Thalib: Hal 230-231)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah orang yang disucikan oleh Allah dari penzinaan sejak Adam hinggalah bapanya dengan sabda baginda: “Aku dan kamu(Ali) adalah dari nikah yang sah bukan dari penzinaan sejak Adam hinggalah Abdul Muthalib itu” aku atau kamu?

Abu Bakar: Kamu(Kifayatuth Thalib: Hal 379, Majma’ uz Zawaid)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah orang yang dipilih oleh Allah untuk mengahwini puterinya Fatimah dengan sabdanya: “Allah telah mengahwinkan kamu denga Fatimah di langit” kamu atau aku?

Abu Bakar: Kamu(Al Sawaiqul Muhriqah:Hal 84-85, Kifayatuth Thalib: Hal 298-299)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah bapa Hassan dan Hussain menerusi sabdaan Nabi: “Kedua-duanya ahli syurga, dan bapa mereka berdua lebih baik dari mereka” adalah kamu atau aku?

Abu Bakar: Kamu(Kifayatuth Thalib Hal 204, Yanabi al Mawaddah: Hal 166)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Aakah saudara kamu yang dihiasi 2 sayap terbang ke syurga bersama para malaikat atau saudara ku?

Abu Bakar: saudara kamu.(Jaafar bin Abu Thalib)-(Yanabi al Mawaddah hal 519)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Aakah orang yang telah menjamin hutang Rasulullah dan mengadakan pengisytiharan di musim haji dengan melaksanakan janjinya adalah kamu atau aku?

Abu Bakar: kamu(Mizanul i’tidal: 1/306, Ad Durul Mantsur 3/309)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah orang yang didoakan Rasulullah ketika burung panggang ada di sisinya dan baginda bersabda ketika mahu memakannya: “Ya Allah hadirkanlah kepada ku orang yang paling Engkau cintai sesudah ku untuk memakan burung ini bersamaku” maka tidak ada seorang pun yang hadir melainkan kamu atau aku?

Abu Bakar: Kamu(Sahih Tarmizi: bil 373, Mustadrak:3/130, Mu’jamul Kabir: 1/253/730)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah orang yang diberi mandat oleh baginda Nabi untuk memerangi kaum Nakitsin, Qasithin dan Mariqin mengikut takwilan Al Quran adalah aku atau kamu?

Abu Bakar: kamu(Kanzul Ummal: 6/154, Tahzibut Tahzib: 3/178, Kifayatuth Thalib: hal 167-168)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah orang yang ditunjukkan oleh Rasulullah dengan kebijaksanaan dan kefasihan dengan sabdanya: “Ali adalah orang yang paling alim dalam ilmu penghakiman” aku atau kamu?

Abu Bakar: Kamu(Kifayatuth Thalib:Hal 112)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah orang yang Rasulullah pada masa hidup baginda telah memerintahkan para sahabat agar memberi salam kepadanya untuk menjadi ketua, aku atau kamu?

Abu Bakar: Kamu(Al Isabah:3/20, Kanzul Ummal: 6/155, Mustadrak al Hakim: 3/128)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah orang yang menyaksikan ucapan Rasul yang terakhir, mengurus dan mengkafankan jenazah beliau adalah aku atau kamu?

Abu Bakar: Kamu(Al Manaqib:Hal 60-63)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah aku kerabat Rasulullah atau kamu?

Abu Bakar: Kamu

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah orang yang dikurniakan Allah dengan dinar ketika ia memerlukan dan Jibril menjualkan kepadanya juga menjadikan Muhammad sebagai tetamu lalu ia memberi makan anaknya adalah kamu atau aku?

Abu Bakar(menangis): Kamu(Usudul Ghabah: 5/530 dan Kifayatuth Thalib: Hal 348-349)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah orang yang diletakkan Nabi di atas bahunya untuk menolak dan memecahkan berhala-berhala di atas Kaabah hinggakan jika dikehendaki nescaya ia dapat menyentuh ketinggian langit itu kamu atau aku?

Abu Bakar: Kamu(Mustadrak al Hakim: 3/5)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah orang yang diperintahkan Rasulnya supaya pintunya dibuka sementara pintu para sahabat lain ditutup itu aku atau kamu?

Abu Bakar: Kamu(Khasais Ali:Hal 17, Mustadrak: 3/125, Sahih Tarmizi: 2/301)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah orang yang dimaksudkan Nabi sebagai pemilik panji dunia dan akhirat itu kamu atau aku?

Abu Bakar: Kamu(Yanabi al Mawaddah: Hal 81)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah orang yang mengeluarkan sedekahtatkala diadakan perbicaraan khusus dengan Rasul dan ketika itu Allah mengkritik satu golongan: “Apakah kamu takut menjadi miskin kerana kamu memberi sedekah sebelum perbicaraan dengan Rasul(Al Mujadalah:13) itu aku atau kamu?

Abu Bakar: Kamu(Yanabi Al Mawaddah: Hal 100)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! Adakah orang yang dimaksudkan Rasul ketika baginda bersabda kepada Fatimah(sa): “Aku nikahkan kamu dengan orang yang pertama beriman kepada Allah” itu kamu atau aku?

Abu Bakar: Kamu(Dzakhairul Uqba: Hal 29, Sawaiqul Muhriqah: Hal 85, Kifayatuth Thalib: Hal 298)

Imam Ali: Aku menyeru kamu dengan nama Allah! adakah orang yang diberi salam oleh malaikat 7 langit di hari al Qulaib itu kamu atau aku?

Abu Bakar: Kamu(Tarikh Baghdadi:4/403)

Imam Ali: Jadi adakah dengan perkara-perkara ini dan seumpama dengannya kamu masih lebih berhak melaksanakan urusan umat Muhammad? Apakah yang membuatkan kamu terlanjur jauh dari Allah dan RasulNya, sedangkan kamu tidak memiliki sesuatu apapun yang diperlukan oleh penganut agamanya?

Abu Bakar menangis dan mejawab: Memang benar apa yang kamu katakan wahai Abul Hassan. Tunggulah hingga berlalu hari ku. Aku akan memikirkan tentang jawatan ku sebagai khalifah dan aku tidak akan mendengar lagi percakapan sebegini dari pada kamu.(Al Imamah wa Siyasah: Hal 18-19, Tarikh Yaakubi: 2/127-128)

Imam Ali: Itu terserahlah kepada kamu wahai Abu Bakar.

Inilah teks dialog yang berlangsung antara Imam Ali dan Abu Bakar. Dialog yang membuatkan Abu Bakar teresak-esak menangis kerana terpaksa mengakui kebenaran kata-kata Imam Ali(as).

Meskipun begitu, tiada sebarang tindakan susulan daripada Abu Bakar untuk menyerahkan kembali hak kepimpinan kepada orang yang lebih berhak walaupun dia telah mengakui kebenaran hak Imam Ali(as). Mengapa ye?

Wallahualam.

PrintFriendly

View the original article here

Imam Ali Mencabuk Orang Yang Mengutamakan Diri Beliau Atas Syeikhain

Hadis ini termasuk hadis yang dijadikan andalan oleh salafiyun untuk menunjukkan keutamaan Abu Bakar dan Umar di atas Ali. Mereka mengatakan bahawa Imam Ali sendiri akan mencambuk orang yang mengutamakan dirinya atas Abu Bakar dan Umar. Hadis ini adalah hadis yang dhaif dengan sanad-sanadnya. Telah diriwayatkan dengan berbagai jalan dari Ali tetapi semua jalannya tidaklah tsabit.

حدثنا عبد الله قال حدثني هدية بن عبد الوهاب قثنا أحمد بن يونس قثنا محمد بن طلحة عن أبي عبيدة بن الحكم عن الحكم بن جحل قال سمعت عليا يقول لا يفضلني أحد على أبي بكر وعمر إلا جلدته حد المفتري

Telah menceritakan kepada kami Abdullah yang berkata telah menceritakan kepadaku Hadiyyah bin Abdul Wahab yang berkata telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus yang berkata telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Thalhah dari Abu Ubaidah bin Al Hakam dari Al Hakam bin Jahl yang berkata aku mendengar Ali mengatakan “Tidaklah seorangpun mengutamakanku dari Abu Bakar dan Umar kecuali aku akan mencambuknya dengan cambukan untuk seorang pendusta” [Fadhail Shahabah no 49]Hadis ini juga diriwayatkan dalam Fadhail Shahabah no 387, As Sunnah Ibnu Abi Ashim no 1219, As Sunnah Abdullah bin Ahmad 2/562, Al Isti’ab Ibnu Abdil Barr 1/297, dan Tarikh Ibnu Asakir 30/382 semuanya dengan jalan sanad dari Muhammad bin Thalhah dari Abu Ubaidah dari Al Hakam bin Jahl dari Ali.

Sanad hadis ini sangat dhaif karena Muhammad bin Thalhah dan Abu Ubaidah.Muhammad bin Thalhah tidak diketahui siapa dia atau tidak ditemukan biografinya, pentahqiq kitab Fadahail Shahabah menyatakan tidak ada keterangan yang tsabit tentang dirinya tetapi kemungkinan ia adalah Muhammad bin Thalhah bin Abdurrahman bin Thalhah. Ibnu Hibban menyatakan kalau ia melakukan kesalahan [Ats Tsiqat juz 9 no 15147].

Abu Hatim berkata “tempat kejujuran ditulis hadisnya tetapi tidak bisa dijadikan hujjah” [Al Jarh Wat Ta’dil 7/292 no 1582]. Sayang sekali tidak ada satupun bukti yang menunjukkan kalau dia adalah Muhamad bin Thalhah bin Abdurrahman bin Thalhah dan kalau memang dia yang dimaksud maka hadisnya juga tidak dapat dijadikan hujjah.Abu Ubaidah adalah Umayyah bin Al Hakam. Ad Duulabiy menyebut Umayyah bin Al Hakam dengan kuniyah Abu Ubaidah [Al Kuna 5/129] dan disebutkan oleh Ibnu Hajar bahawa Umayyah bin Al Hakam meriwayatkan dari Al Hakam bin Jahl dan dia seorang yang tidak dikenal [Lisan Al Mizan juz 1 no 1436]

Al Hakam bin Jahl memiliki mutaba’ah dari Abdullah bin Salamah, Abdurrahman bin Abi Laila dan Suwaid bin Ghaffalah dengan sanad yang dhaif. Dikeluarkan oleh Ats Tsa’labi dalam kitab Tafsirnya Kasyf Wal Bayan 13/133 dengan jalan sanad Al Haisham bin Syadaakh dari Amasy dari Amru bin Murrah dari Abdullah bin Salamah dari Ali. Sanad ini dhaif jiddan karena Al Haisham bin Syadaah dan Abdullah bin Salamah. Ibnu Hibban memasukkan Al Haisham dalam Adh Dhu’afa dan mengatakan tidak boleh berhujjah dengannya [Al Majruhin juz 3 no 1174] dan Al Uqaili menyatakan ia majhul dan hadisnya tidak terjaga [Lisan Al Mizan juz 6 no 748]. Abdullah bin Salamah seorang yang dhaif yu’tabaru bihi. Al Bukhari berkata “tidak diikuti hadisnya”. Syu’bah, Abu Hatim dan Nasa’i berkata “dikenal dan diingkari” dan Daruquthni menyatakan “dhaif”. [Tahrir At Taqrib no 3364]

Diriwayatkan dalam Tarikh Ibnu Asakir 30/382 dengan jalan sanad dari Ahmad bin Manshur Al Yasykuri dari Abu Bakar bin Abi Dawud dari Ishaq bin Ibrahim dari Kirmani bin Amru dari Muhammad bin Thalhah dari Syu’bah dari Hushain bin Abdurrahman dari Abdurrahman bin Abi Laila dari Ali. Hadis ini dhaif jiddan karena beberapa illat [cacat] yaitu Ahmad bin Manshur Al Yasykuri seorang yang majhul disebutkan biografinya oleh Al Khatib tanpa menyebutkan jarh maupun ta’dil dan yang meriwayatkan darinya hanya Abu Muhammad bin Muqtadir [Tarikh Baghdad 5/362 no 2909].

Ishaq bin Ibrahim Syadzan disebutkan oleh Ibnu Hajar bahwa ia memiliki hadis-hadis mungkar dan gharib. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat dan Abu Hatim berkata “shaduq” [Lisan Al Mizan juz 1 no 1076].Kirmani bin Amru dimasukkan Ibnu Hibban dalam Ats Tsiqat [Ats Tsiqat juz 9 no 15010] dan Abu Hatim menyebutkan bahwa yang meriwayatkan darinya hanya Ishaq bin Ibrahim Syadzan tanpa menyebutkan jarh ataupun ta’dil [Al Jarh Wat Ta’dil 7/176 no 1007]. Jadi kemungkinan ia seorang yang majhul hal. Dan yang terakhir Muhammad bin Thalhah sendiri tidak dikenal siapa dirinya.Disebutkan dalam Lisan Al Mizan juz 3 no 1225 dimana Ibnu Hajar menukil hadis ini dengan jalan dari Abu Ishaq Al Fazari dari Syu’bah dari Salamah bin Kuhail dari Abu Az Za’ra’ dari Zaid bin Wahb bahwa Suwaid bin Ghaflah masuk menemui Ali. Hadis ini dhaif karena Abu Az Za’ra’, dia adalah Abdullah bin Hani’ seorang yang diperselisihkan dan pendapat yang rajih adalah dia seorang yang dhaif.

Al Ijli dan Ibnu Sa’ad menyatakan ia tsiqat. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat. [At Tahdzib juz 6 no 120]. Bukhari berkata “tidak diikuti hadis-hadisnya” [Tarikh Al Kabir juz 5 no 720]. Adz Dzahabi memasukkannya dalam Diwan Adh Dhu’afa no 2337. Al Uqaili juga memasukkannya dalam Adh Dhu’afa seraya mengutip Bukhari dan menyebutkan berbagai hadis batil yang diriwayatkannya serta tidak diikuti oleh satu orangpun [Adh Dhu’afa Al Uqaili 2/314-316]. Abdullah bin Hani’ disebutkan kalau ia mendengar dari Ibnu Mas’ud dan semua hadisnya adalah riwayat Ibnu Mas’ud, tidak ada yang meriwayatkan darinya kecuali Salamah bin Kuhail dan hadis-hadis yang diriwayatkannya adalah hadis batil yang tidak diikuti oleh satu orangpun. Oleh karena itu jarh padanya bersifat mufassar dan disertakan dengan bukti hadis-hadis yang disebutkan oleh Al Bukhari dan Al Uqaili maka pendapat yang benar adalah ia seorang yang dhaif.

Dalam Tahrir At Taqrib disebutkan bahawa dia seorang yang dhaif yu’tabaru bihi [Tahrir At Taqrib no 3677]. Disebutkan dalam kitab As Siyar Abu Ishaq Al Fazari hal 327 no 647 dan kitab Al Kifayah Fi Ilmi Ar Riwayah Al Khatib Baghdad 3/333 no 1185 semuanya dengan jalan dari Abu Shalih Al Farra’ dari Abu Ishaq Al Fazari dari Abu Az Za’ra’ atau dari Zaid bin Wahb bahwa Suwaid bin Ghaflah masuk menemui Ali -al hadists-. Sanad hadis ini tidak bisa dijadikan hujjah karena di dalamnya terdapat keraguan dari salah seorang perawinya yaitu pada perkataan “dari Abu Az Za’ra’ atau dari Zaid bin Wahb”. Tidak jelas apakah itu dari Abu Az Za’ra atau dari Zaid bin Wahb dan sudah pasti tidak bisa dikatakan berasal dari keduanya karena jika memang sanad tersebut berasal dari keduanya maka lafaz yang digunakan adalah “dari Abu Az Za’ra’ dan dari Zaid bin Wahb”. Bahkan disebutkan oleh Ibnu Hajar dengan lafaz “dari Abu Az Za’ra’ dari Zaid bin Wahb”. Hal ini menunjukkan adanya kekacauan yang timbul dari salah seorang perawinya. Tidak diketahui dengan pasti siapa yang melakukan kekeliruan, bisa saja Abu Shalih Al Farra’ yang walaupun ia dikatakan tsiqat oleh Ibnu Hibban dan Al Ijli, Daruquthni mengatakan “shuwailih, tidak kuat” [At Tahdzib juz 10 no 85].

Dikatakan dalam Al Kifayah bahwa keraguan perawi tersebut tidak menjadikan hadis tersebut dhaif karena kedua perawi tersebut tsiqat ma’mun. Pernyataan ini tidaklah benar, Zaid bin Wahb memang seorang yang tsiqat tetapi Abu Az Za’ra’ telah dijelaskan bahwa yang rajih ia seorang yang dhaif. Apalagi juga terdapat penukilan kalau Abu Az Za’ra’ meriwayatkan hadis ini dari Zaid bin Wahb sebagaimana yang disebutkan Ibnu Hajar. Jadi keraguan perawi justru mengandung illat yang mendhaifkan hadis tersebut sehingga sanadnya tidak bisa dijadikan hujjah.

PrintFriendly

View the original article here

Ir Muhaimin Iqbal, Terus Belajar dan Berkarya

 Home Republika Online

Kamis, 24 Maret 2011 pukul 16:20:00
"Bagi Iqbal, membangun pasar adalah membangun budaya muamalah yang sesungguhnya".Berkarya Dalam pentas perekonomian Islam di Indonesia, nama Muhaimin Iqbal merupakan sosok unik. Selain produktif dalam mengha sil kan karya-karya ilmiah, Iqbal juga prak tisi bisnis yang dikenal sarat de ngan ide-ide baru dalam bidang usaha perekonomian syariah. “Ia seorang yang luar biasa, terus berpikir, dan berkarya,” ujar seorang dosen Fakultas Ekonomi Universitas Diponegoro yang sengaja menemui Iqbal di kediamannya di kawasan Depok.Karya dan prestasi Iqbal tak lepas dari didikan masa kecilnya. Lahir di Nganjuk, 17 Maret 1963, di lingkungan pesantren kecil yang dipimpin oleh ayahnya sendiri Imam Hambali, Iqbal seperti santri pada umumnya—sejak kecil terbiasa sekolah dari pagi sampai malam. Pagi di sekolah umum, sore atau malam hari di madrasah. Di SMU Muhammadiyah I (MUHI) Yogyakarta, Iqbal berhasil menyelesaikan pendidikannya dengan nilai tertinggi di sekolahnya.Prestasinya menarik perhatian Prof Andi Hakim Nasution—Ilmuwan Indonesia yang menjadi idolanya untuk memberi kesempatan pada Iqbal masuk IPB tan pa tes. Di Jurusan Mekanisasi Pertanian IPB, tahun 1985, Iqbal lulus dengan nilai tertinggi sejak jurusan itu berdiri 18 tahun sebelumnya. Prestasi cemerlang semasa sekolah/kuliah juga memudahkannya berprestasi di dunia kerja. Dua puluh satu tahun di dunia kerja, hanya dalam bilangan bu lan dia lalui sebagai pegawai biasa. Posisi manajer dan general manajer di tempuhnya sejak pertengahan usia 20-an sebelum akhirnya menduduki jabatan direksi pada usia 27 tahun di perusahaan jasa keuangan yang dikelola ber sama mitranya yang rata...

Berita koran ini telah melewati batas tayang. Untuk mengakses, silakan berlangganan.
Bagi Anda yg sudah berlangganan, silakan login disini.
Bagi Anda yg belum mendaftar berlangganan, silakan registrasi disini.


Index Koran

View the original article here

Sunday, April 24, 2011

Kisah dongeng Abdullah bin Saba (2)

Yasini:
Sebelum memulakan perbahasan, silakan tuan sampaikan sedikit ucapan.

Ayatullah Qazwini:
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, salah satu siaran televisyen yang berkait rapat dengan Wahabi telah meluaskan propaganda menentang Syiah dengan serangan yang sangat dahsyat. Mereka berkhayal bahawa ia dapat mempertikaikan cahaya nurani Ahlul Bait yang ma’sum dan suci di peringkat antarabangsa.
Saluran Al-Mustaqillah yang mempunyai hubungan dengan Wahabi, sejak hari pertama siarannya, ia berusaha mencetuskan fitnah terhadap Syiah. Dua bulan baru-baru ini fitnah telah sampai ke kemuncaknya. Saya sendiri telah diundang untuk berdebat. Kami pun menolaknya sambil menyatakan kami tidak sudi berdebat dalam sebuah saluran televisyen yang mencetuskan fitnah dan perpecahan di kalangan umat Islam. Kami sudah berdebat dengan tokoh-tokoh terkenal Wahabi seperti mufti besar, para pensyarah universiti dan hawzah-hawzah ilmiyah mereka. Namun itu bukanlah perdebatan dengan seorang Ahlusunnah, tetapi perdebatan dengan orang gila yang kerjanya tidak ada yang lain kecuali mencaci, seolah-olah tidak pernah mendapat didikan ayah dan ibunya. Menurut pandangan kami, individu seperti ini bukan menghina Syiah, namun ia menghina Islam.

Kadang-kadang apabila diceritakan sedikit sahaja perihal sahabat nabi dalam saluran TV Salam, sebahagian tok guru Ahlusunnah akan membangkitkan perkara ini dalam khutbah-khutbah Jumaat, mereka lantang menentang saluran TV Salam dan Syiah. Namun saya tidak tahu mereka ini berdiam diri apabila beberapa saluran TV meluahkan penghinaan paling buruk terhadap para Imam (a.s), Ahlul Bait (a.s) dan Imam Mahdi (a.j) serta melaknat para marji’ taqlid Syiah dalam beberapa saluran TV?. mengapa mereka tidak mengeluarkan pernyataan masing-masing? Mengapakah mereka tidak bertindak apa-apa? apakah mereka takut dengan orang gila? Kami suka melihat kalau para alim ulama Sunni seperti Abdul Hamidi yang lantang memprotes saluran TV Salam agar berdepan dengan semua penghinaan orang gila ini. Hendaklah mereka tunjukkan slogan yang dilaungkan mereka selama ini, iaitu kita menuntut perpaduan sesama Islam dan menjauhi sebarang bentuk perpecahan dan perselisihan. Ramai saudara kita dari dalam dan luar negara menelefon kami dan mengirim emel agar mengatur acara untuk berdepan dengan serangan Wahabi dan menyusun rancangan untuk para mahasiswa, pensyarah universiti dan pelajar agama menjawab keraguan Wahabi yang besikap kebudak-budakan terhadap Syiah.

Ada kabar gembira buat semua penonton, mahasiswa, pensyarah universiti, pelajar agama, ustaz-ustaz Hawzah Ilmiyah dari dalam dan luar negara, bahawa dalam waktu terdekat ini akan diumumkan kemunculan beberapa rancangan mengenal kebudayaan Syiah dan menjawab keraguan Wahabi melalui laman web dan secara online untuk para pemuda kita. Setelah beberapa ketika rancangan ini berjalan, kami akan mengadakan program khusus untuk mereka yang mengikuti acara tersebut. Barangsiapa yang berjaya dalam ujian, mereka akan meraih hadiah yang lumayan seperti pakej menunaikan ibadah haji dan menziarahi Masyhad untuk peserta dari dalam dan luar negara.

Dalam pertemuan kita yang pertama, salah satu keraguan penting yang ditimbulkan oleh Wahabi untuk memerangi Syiah pada hari ini ialah pembikinan kisah dongeng Abdullah bin Saba. Beberapa perkara telah kami kemukakan kepada penonton bahawa Abdullah bin Saba tidak lebih dari dongengan dan khayalan. Mereka mencipta hikayat ini semata-mata untuk melonggokkan peristiwa perbalahan di kalangan sahabat ke atas seorang yang bernama Abdullah bin Saba iaitu seorang Yahudi yang baru memeluk Islam. Mereka pun saling berselisih tentang zaman keIslaman Abdullah bin Saba, di mana ia menerima Islam dan apa kerjanya.

Yasini:
Ulama Syiah enggan menerima kewujudan Abdullah bin Saba. Tolong terangkan perkara ini.

Ayatullah Qazwini:
Ramai ilmuan Syiah yang terbilang memungkiri Abdullah bin Saba dan percaya Dinasti Bani Umayyah yang telah mewujudkan kisah dongeng ini. Marhum Kasyif Al-Ghita secara langsung menyebut:

أحاديث خرافة وضعها القصاصون و أرباب السمر و المجون.

Hadis-hadis yang berkaitan dengan Abdullah bin Saba adalah khurafat, hanya para penglipur lara yang gila sahaja menerimanya.

احاديث مربوط به عبد الله بن سبأ، خرافي است و قصه*گويان و کساني که به شب*نشيني مي*روند و بذله*گو هستند، اين داستان را بافته*اند.
أصل الشيعة و أصولها للشيخ كاشف الغطاء، ص181
‘Allamah ‘Askari mempunyai kitab yang khusus tentang topik ini dan dicetak dalam dua jilid. Beliau menerangkan dalil-dalil, kesaksian dan ayat al-Quran yang membuktikan kisah Abdullah bin Saba ini sengaja dicipta. Marhum Ayatullah al-Uzma al-Khu’I yang menjadi kebanggaan fuqaha Syiah kerana berguru dengan beliau, di dalam Mu’jam Rijal al-Hadis berkata:

إن أسطورة عبد الله بن سبأ و قصص مشاغباته الهائلة موضوعة مختلقة اختلقها سيف بن عمر الوضاع الكذاب.
معجم رجال الحديث للسيد الخوئي، ج11، ص207
Dongeng Abdullah bin Saba dicipta oleh seorang yang mencipta hadis bernama Saif bin Umar. – Mu’jam Rijal al-Hadis Li Sayyid al-Khu’i.

Beliau merujuk kepada penelitian ‘Allamah ‘Askari tentang perkara ini. Barangsiapa yang ingin melihat penelitian khusus perkara ini, silakan merujuk kepada kitab beliau. ‘Allamah Tabataba’i di dalam kitab al-Mizan berkata ‘kisah Abdullah bin Saba merupakan cerita rekaan semata-mata, dan ia daripada khurafat sejarah’, Tafsir al-Mizan Li Sayyid Tabataba’i, jilid 9 halaman 260.

‘Allamah Muhammad Jawad al-Mughniyah, antara tokoh yang terkenal di Lubnan, saya sendiri bangga menjadi anak murid beliau dalam beberapa kuliah pagi, di dalam kitab ‘Abdullah bin Saba wa Asatir Ukhra, jilid 1 halaman 12 telah membahaskan topik ini.

Dr. Ali al-Wardi di dalam kitab Wi’az al-Salatin, halaman 90 hingga 112 telah menerangkan topik ‘Abdullah bin Saba secara terperinci dengan membedah manuskrip sejarah di zaman Bani Umayyah.
Salah sorang ulama Syiah bernama ‘Abdullah Fayyadh menerangkan topik ini di dalam kitab Tarikh al-Imamiyyah sebagai: Perkara ini lebih dekat dengan khayalan sehingga ia terkeluar dari hakikat.
Cukuplah kami sebutkan tadi beberapa orang ulama Syiah yang memungkiri kewujudan ‘Abdullah bin Saba.

Yasini:
Apakah Ulama Ahlusunnah juga memungkiri kewujudan ‘Abdullah bin Saba?

Ayatullah Qazwini:
Ada beberapa orang ulama di kalangan ulama Ahlusunnah turut memungkiri perkara ini. Dr. Taha Husain, salah seorang tokoh Sunni yang terkenal secara langsung mengatakan musuh-musuh Syiah yang mencipta ‘Abdullah bin Saba untuk mempertikaikan kebudayaan Syiah:

أراد خصوم الشيعة أن يدخلوا في أصول هذا المذهب عنصرا يهوديا إمعانا في الكيد لهم و النيل منهم.
الفتنة الكبرى للدكتر طه حسين، ج2، ص98، طبعة دار المعارف بمصر، عام 1953 ميلادي
Mereka ingin memerangi Syiah dengan memasukkan elemen Yahudi ke dalam usul mazhab ini. – al-Fitnatul Kubra Li- Dr. Taha Husain, jilid 2 halamabn 98.

Dr. Ali Nasysyar, salah seorang pemikit Islam dan professor falsafah berkata di dalam kitab Nasyatul Fikr Fi al-Islam, jilid 2 halaman 39 sebagai: ‘Abdullah bin Saba di dalam teks sejarah adalah hasil rekaan. Sejarah menyebut nama beliau untuk menuduhnya sebagai pencetus fitnah pembunuhan Uhtman dan peperangan Jamal. ‘Ammar bin Yasir lah yang dianggap Abdullah bin Saba.

Dr. Hamid Dawud Hanafi, iaitu salah seorang tokoh Mesir yang mendapat gelaran Doktor di Universiti Sastera Kaherah mengakui pembikinan kisah ini di dalam mukadimah kitab ‘Allamah ‘Askari, jilid 1 halaman 17.
Muhammad Kamil Husain, seorang doktor, ulama dan ahli falsafah Mesir menyebut kisah ‘Abdullah bin Saba sebagai khayalan di dalam kitab Adab Misr al-Fatimiyyah, halaman 7.

Pensyarah universiti Malik Sa’ud di Riyadh, Dr. Abdul Aziz al-Halabi berkata: kesimpulannya Abdullah bin Saba ialah:

شخصية وهمية لم يكن لها وجود.
دراسة للرواياة التاريخية عن دوره في الفتنة، ص73
Personaliti khayalan, tidak mungkin ia wujud. (Dirasah lil-Riwayah al-Tarikhiyyah ‘An Dawrihi fil Fitnah, halaman 73).

Jikalau ia wujud sekalipun, adalah satu pembohongan jika perkara ini dikaitkan dengannya.
Peneliti buku al-Muntazam Ibnu Jawzi, Dr. Sahil menyebut tentang pembikinan Abdullah bin Saba dalam kitab tersebut.
Mereka ini adalah tokoh tersohor Ahlusunnah yang percaya bahawa pembikinan kisah dongeng Abdullah bin Saba.

Walau bagaimana pun saya akan terangkan lagi, di mana saya sendiri telah mengkaji selama lebih dari 500 jam dalam jurusan ini.
Menurut riwayat Syiah, Abdullah bin Saba telah diceritakan sebagai ghuluw terhadap Amirul Mukminin, dan ia tidak diterima oleh Ali (a.s). Namun Tabari, pembesar Wahabi seperti Ibnu Taimiyyah dan lain-lain lagi telah mengaitkannya sebagai pengasas mazhab Syiah. Kami menganggap ungkapan tidak berasas ini tidak ada yang lain lagi kecuali mengarut. Mereka telah mengaitkan Abdullah bin Saba dalam peristiwa pembunuhan Uthman, fitnah perang Jamal dan lain-lain lagi. Kami dapati, salah satu pembohongan sejarah ialah, tidak ada bukti sama sekali mengenai perkara ini meskipun hadis dhaif dalam kitab Ahlusunnah dan Syiah.

Yasini:
Siapakah orang yang mula-mula mereka cipta kisah dongeng Abdullah bin Saba?

Ayatullah Qazwini:
Soalan ini sering ditanya kepada kami oleh kebanyakan pemuda, ahli akademik Hawzawi. Pertanyaan “Dari mana ia masuk ke dalam sejarah?”, “Dari mana datangnya kisah Abdullah bin Saba ini?”, “Apakah ia benar-benar wujud atau tidak?” adalah satu perbahasan. Kisah dongeng yang dikaitkan dengan beliau adalah satu perbahasan yang lain. Dengan merujuk kepada sumber-sumber kita, Ahlusunnah dan Wahabi mempertikai, mereka sering berbicara. Iya, memang ada riwayat di dalam kitab Rijal Kasyi dan Khishal Syaikh Saduq. Namun apakah dengan adanya riwayat ini menunjukkan ia pengasas mazhab Syiah, pembunuhan Uthman dan jenayah-jenayah lain yang dikaitkan dengan Abdullah bin Saba? Dalam menjawab pertanyaan ini, saya berterus terang, silakan semua penonton, cendiakawan Ahlusunnah dan Wahabi berikan sekecil-kecil bukti yang menyangkal kata-kata saya, bahawa orang yang mula-mula mencipta kisah Abdullah bin Saba ialah Saif bin Umar yang meninggal dalam tahun 170 Hijrah.
Setelah Tabari, orang yang menukilkannya akan mengambil dari Tabari.
تاريخ الطبري، ج3، ص378

Ibnu Athir, penulis al-Kamil Fi al-tarikh, wafat dalam tahun 630 Hijrah telah menukilkan kisah ini daripada Tabari dan di permulaannya mengatakan:
فابتدأت بالتاريخ الكبير الذي صنّفه الإمام أبو جعفر الطبري إذ هو الكتاب المعول عند الكافة عليه.
الكامل في التاريخ لإبن الأثير، ج1، ص3
Saya mulakan dengan Tarikh al-Kabir yang dikarang oleh al-Imam Abu Ja’far al-Tabari, kerana kitabnya menjadi kepercayaan semua orang (seluruh Ahlusunah). (al-Kamil Fi Tarikh Li Ibnu Athir, jilid 1 halaman 3). Ibnu Kathir Dimasqi, wafat dalam tahun 774 Hijrah, dalam al-Bidayah wan Nihayah menukilkan kisah tersebut dan akhirnya mengatakan:

هذا ملخص ما ذكره أبو جعفر بن جرير.
البداية و النهاية لإبن كثير، ج7، ص275

Inilah petikan dari apa yang disebut oleh Abu Ja’far bin Jarir. Ibnu Khaldun, wafat dalam tahun 808
Hijrah menukilkan kisah ini daripada Tabari dan mengatakan:

هذا أمر الحمل، ملخص من کتاب أبي جعفر الطبري.
تاريخ ابن خلدون لإبن خلدون، ج2، بخش2، ص166
Penulis di zaman ini seperti Rashid Ridha di dalam kitab Al-Sunnah Wa Syiah menukilkannya daripada
Tabari (Al-Sunnah Wa Syiah, halaman 4, 6, 45, 49 dan 103) Ahmad Amin Misri di dalam kitab Fajrul Islam turut mengambil perkara ini daripada Tabari. Farid Wajdi, penulis kitab Dairatul Mu’arif, wafat dalam tahun 1370 Hijrah menukilkannya daripada Tabari. Hasan Ibrahim Hasan di dalam Tarikh al-Islam al-Siyasi, halaman 347 meriwayatkannya daripada Tabari. Semua orang yang menukilkan kisah dongeng dan khayalan Abdullah bin Saba sebagai pengasas mazhab Syiah, stimulasi pembunuhan Uthman dan pencetus fitnah perang Jamal akan kembali kepada Tarikh Tabari, namun Tabari hanya menukilkannya daripada Saif bin Umar, bukan daripada orang lain. Selain itu ada perkara yang lain lagi, perkara ini akan dibicarakan lagi dalam pertemuan akan datang.

Yasini:
Tolong terangkan permasalahan utama Abdullah bin Saba untuk para penonton.

Ayatullah Qazwini:
Menurut pandangan saya ada tiga masalah utama tentang kisah dongeng ini. Mereka yang mereka cipta kisah Abdullah bin Saba ini mengatakan kisah pembunuhan Uthman dan lain-lain lagi berkait rapat dengan Abdullah bin Saba. Saya minta, sila beri perhatian permasalahan yang saya bawakan ini. Jikalau ada khilaf atau pertentangan dengan bukti kami, sila kemukakan, dan saya yakin tidak ada siapa pun yang mampu menyangkal.

Persoalan pertama:
Seluruh cerita ini merujuk kepada Tabari, dan Tabari menukilkan daripada seorang yang bernama Saif bin Umar. Saif bin Umar menurut pandangan Ahlusunnah adalah seorang yang Dhaif dan mereka cipta hadis, serta dituduh Zindiq dan tidak beragama. Yahya bin Mu’in di dalam Tarikhnya berkata:
سيف بن عمر ضعيف.
تاريخ ابن معين ليحيى بن معين، ج1، ص336

Nasai di dalam kitab al-Dhu’afa berkata:
آقاي نسائي در کتاب الضعفاء مي*گويد:
ضعيف.
كتاب الضعفاء و المتروكين للنسائي، ص187
‘Uqayli, al-Razi dan Ibnu Habban berterus terang:

أتهم بالزندقة، کان يضع الحديث.
كتاب المجروحين لإبن حبان، ج1، ص345 ـ تاريخ الإسلام للذهبي، ج11، ص162
Beliau dituduh Zindiq serta telah mereka cipta Hadis.

Abu Na’im Isfahani berkata:

متهم في دينه، مرمي بالزندقة، ساقط الحديث لا شئ.
كتاب الضعفاء لأبو نعيم الأصبهاني، ص91
Beliau dituduh zindiq, riwayatnya gugur (tidak boleh dipakai) Al-Mazzi di dalam Tahdhibul Kamal jilid 12 halaman 326 telah menceritakan hal yang sama.

Al-Dhahabi Mizan al-I’tidal turut menukilkannya di dalam (Mizan al-I’tidal Li Dhahabi, jilid 2 halaman 255). Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata di dalam kitab Tahdhib al-Tahdhib:

و قال الحاکم اتهم بالزندقه و هو في الرواية ساقط.
تهذيب التهذيب لإبن حجر، ج4، ص260

Saif bin Umar dituduh Zindiq dan jatuh kemuktabarannya.

Persoalan kedua:
Mereka membetulkan kening sambil merosakkan mata. Mereka tidak sedar pembikinan diskusi Abdullah bin Saba hakikatnya apabila sahabat menjadikan rujukan sumber pemikiran Ahlusunnah, ia telah meninggalkan persoalan, seperti Tabari menukilkan riwayat ini daripada Saif bin Umar yang membawa pergi ke rantau Syam, Mesir dan beberapa tempat dengan menyebarkan kabar angin menentang Uthman sambil membahaskan kekhalifahan dan kewasiyan Ali (a.s). Sebahagian Sahabat seperti Abu Zar, Ammar dan beberapa orang yang lain telah menjadi mangsa fitnah Saif bin Umar. Kami ingin bertanya kepada Ahlusunnah:

Sahabat ini seluruh usianya, menjadi dewasa di kaki minbar Nabi (s.a.w), seperti ‘Ammar bin Yasir di mana Rasulullah berkata tentang beliau:
عمار ياسر ملئ ايمانا إلي مشاشه.
سنن ابن ماجة، ج1، ص52 ـ سنن النسائي، ج8، ص111 ـ فضائل الصحابة للنسائي، ص50 ـ المستدرك الصحيحين للحاكم النيشابوري، ج3، ص392 ـ مجمع الزوائد للهيثمي، ج9، ص295
Seluruh kewujudan ‘Ammar bin Yasir sarat dengan keimanan. Rasulullah telah bersabda tentang peribadi seperti Abu Zar, tidak ada orang yang lebih tulus daripada Abu Zar:
ما أظلت الخضراء و لا أقلت الغبراء أصدق من أبي ذر.

مسند احمد، ج2، ص163 ـ سنن الترمذي، ج5، ص334 ـ المستدرك الصحيحين للحاكم النيشابوري، ج3، ص342
Tabari di dalam Tarikhnya mengatakan, kedua sahabat besar ini, telah menjadi mangsa propaganda Saif bin Umar, ia membicarakan kewasiyan Ali dan mencetuskan propaganda memerangi Uthman serta beberapa peristiwa yang lain (Tarikh Tabari, jilid 3 halaman 379).

Menarik perhatian di sini, Ahmad bin Amin Misri di dalam kitab Fajrul Islam mengatakan:
أن أبا ذر تلقى فكرة الاشتراكية من ذلك اليهودي و هو تلقى هذه الفكرة من مزدكيي العراق أو اليمن.
Sesungguhnya Abu Zar menerima pemikiran sosialis daripada Yahudi itu, yang mengambil pemikiran dari Mazdiki Iraq atau Yaman.
Saya ingin bertanya kepada Ahlusunnah. Jikalau seorang ulama Syiah membuat penghinaan begini kurang hajar kepada salah seorang sahabat, apa yang anda lakukan? Tidakkah perkataan itu juga menghina Abu Zar dan ‘Ammar?

Jikalau riwayat Saif bin Umar diterima mereka sebagai pengasas kebudayaan Syiah, Saif bin Umar ini juga telah mempersoalkan keadilan Sahabat. Apakah tanggapan mereka terhadap sahabat yang lain setelah meletakkan Abu Zar dan ‘Ammar di bawah pengaruh pemikiran Abdullah bin Saba seorang yang sosialis, tidak beragama, menentang al-Quran dan Islam? Apakah sahabat seperti ini tidak boleh dirujuk sebagai sumber ilmu untuk umat Islam?

Tabari berkata daripada kata-kata Saif bin ‘Umar, bahawa pembunuhan ‘Uthman berkaitan dengan beberapa orang seperti Abu Zar, ‘Ammar ‘Abdul Rahman bin ‘Udais, Kananah bin Busr dan ‘Amru bin Hamiq al-Khuza’i (Tarikh al-Tabari, jilid 3 halaman 376; Tabaqat al-Kubra Li-Ibnu Sa’ad, jilid 3 halaman 71; Asad al-Ghabah Li- Ibnu al-Athir al-Jazri, jilid 3 halaman 309).

Saya ada pertanyaan untuk Ahlusunnah dan Wahabi yang menukilkan perkara ini dengan terperinci: Apakah ‘Amru bin Hamiq al-Khuza’i daripada sahabat terkemuka atau tidak? Mereka telah menukilkan bahawa ‘Amru bin Hamiq al-Khuza?i adalah orang yang masuk Islam dalam Hujjatul Wida’, beliau termasuk daripada sahabat yang besar sahabat Nabi (Asad al-Ghabah Li- Ibnu al-Athir al-Jazri, jilid 4, halaman 100, al-Isti’ab Li-Ibn ‘Abd al-Bar, jilid 3 halaman 1173). ‘Abdul Rahman bin ‘Udays dikatakan:
ممن بايع تحت الشجرة و شهد بيعة الرضوان.
Ahlusunnah Wal Jama’ah berdalil dengan ayat Shajarah untuk membuktikan keadilan seluruh sahabat. Nampaknya Ibnu ‘Udais adalah salah seorang yang menyertai Bai’atul Ridwan. Beliau juga salah seorang yang berkata:
أعان علي قتل عثمان.
Apakah jawapan anda? Ibnu Hajar berkata bahawa Kinanah bin Busr adalah salah seorang sahabat Nabi (Al-Ishabah Li-Ibnu Hajar ‘Asqalani, jilid 5 halaman 486)

Meskipun begitu, Tabari masih meriwayatkan kisah-kisah yang menentang Syiah. Kisah ini diletakkan di bawah pengaruh Abdullah bin Saba yang melibatkan mereka ini dalam pembunuhan ‘Uthman.
Pihak Ibnu Taimiyah berkata, pengasas mazhab Syiah adalah Abdullah bin Saba’. Pihak mereka berkata juga, orang yang membunuh ‘Uthman adalah mereka yang termasuk di kalangan pemusnah di muka bumi dan daripada kabilah yang celaka.

Apakah ini bukan satu penghinaan terhadap sahabat? Tidakkah ini bukan penghinaan terhadap ‘Abdul Rahman bin ‘Udais, ‘Amru bin Hamiq al-Khuza?i dan Kinanah bin Busr? Tabari yang mengaitkan ‘Abdullah bin Saba dengan pengasasan mazhab Syiah, dari satu sudut yang lain beliau juga menyabitkan peristiwa pembunuhan ‘Uthman dengan sahabat.

Saudara Ahlusunnah dan Wahabi! Jikalau kami menerima kata-kata Tabari dan Saif bin ‘Umar tentang ‘Abdullah bin Saba, bukan daripada Tabari kisah yang mengaitkan gabungan seluruh sahabat di dalam Madinah untuk membunuh ‘Uthman, serta mengirim surat ke luar kota Madinah iaitu datanglah ke Madinah, Khalifah Muslimin telah menghancurkan Islam, jikalau anda ingin berjihad, kembalilah ke Madinah dan menentang khalifah. Tabari menukilkan bahawa ‘Uthman menulis surat kepada Muawiyah dan berkata:

فإن أهل المدينة قد كفروا و أخلفوا الطاعة و نكثوا البيعة.
تاريخ الطبري، ج3، ص402

Sesungguhnya warga Madinah telah kafir, menderhaka dan memutuskan bai’at mereka (Tarikh Tabari jilid 3 halaman 402).
Bagaimana anda ingin menerima kisah Abdullah bin Saba disamping tidak menerima kata-kata ‘Utman yang menganggap penduduk Madinah sebagai kafir! Tidakkah ini berat sebelah?

Persoalan ke-dua.

Mereka berkata di zaman, Abdullah bin Saba’ telah pergi ke Mesir, Sham dan berbagai kota sambil membahaskan kawashiyan Amirul Mukminin (a.s) dan mengobarkan pemberontakan menentang ‘Uthman yang membawa pembunuhannya. Kami bertanya kepada Ahlusunnah:
‘Uthman ada perselisihan sengit dengan beberapa tokoh besar, dan ia mengarahkan Abu Zar dibuang negeri. Akibatnya beliau mati di sahara Zabdah dalam keadaan dahaga dan lapar. Ia mengarahkan kaki dan gigi ‘Abdullah bin Mas?ud dipatahkan. Ia hendak memukul ‘Ammar bin Yasir ketika berlaku perselisihan sengit antara keduanya. Namun kenapa ia duduk diam-diam apabila berhadapan dengan propaganda Abdullah bin Saba? Tidakkah ini menunjukkan kelemahan ‘Uthman? Mengapa pula apabila Abu Zar melancarkan penentangan pemerintahan pusat, dengan segera mata-mata kerajaan Uthman memberikan informasi kepadanya dan Abu Zar langsung dibawa ke Madinah? Tetapi dalam menghadapi komplot Abdullah bin Saba, mata-mata ini tidak memberikan maklumat sehingga menyebabkan pembunuhan ‘Uthman terjadi.
Perkara ini kami perlu bicarakan secara panjang lebar terutamanya kebangkitan menentang ‘Uthman dan stimulasi pembunuhannya dari sumber-sumber Ahlusunnah. Di sinilah antara salah satu tempat perselisihan asasi antara Sunni dan Syiah.

Pertanyaan penonton
Pertanyaan:
Saya telah membaca sebuah kitab yang menyatakan bahawa setelah Rasulullah menerima perjanjian Hudaibiyah, khalifah kedua memprotes Nabi (s.a.w) dan berkata kepada khalifah pertama bahawa saya mengesyaki kerasulan Nabi (s.a.w). Apakah perkara ini ada di dalam sumber Ahlusunnah?
Jawapan:
Jikalau anda mempunyai Sahih Bukhari, peristiwa ini telah dinukilkan di dalam jilid 4 halaman 70 hadis 3182, dan Sahih Muslim jilid 5 halaman 175 hadis 4525 di mana di dalam perjanjian Hudaibiyah, khalifah kedua telah memprotes Nabi (s.a.w) dan berkata: Tidakkah kebenaran bersama kita dan kebatilan bersama mereka? Nabi menjawab: iya. Kata khalifah ke-dua: maka kenapa kita menerima penghinaan dalam perkara ini?. Nabi (s.a.w) bersabda: Saya utusan Allah, dan Allah tidak meninggalkan saya bersendirian, dan Dia membantu saya. ‘Umar tidak berpuas hati dengan jawapan Nabi (s.a.w) dan pergi kepada Abu Bakar seraya berkata: Tidakkah kita bersama kebenaran? Tidakkah korban kita di dalam Syurga manakala korban mereka di dalam neraka? Abu Bakar menjawab: Iya. ‘Umar pun berkata: Mengapakah kita menerima penghinaan terhadap agama kita? Abu Bakar berkata sebagaimana sabda Nabi (s.a.w). Sehingga terdapat di dalam Sahih Bukhari jilid 6 halaman 45 hadis 4844:

فرجع متغيظا، فلم يصبر حتى جاء أبا بكر.
‘Umar tidak berpuas hati terhadap jawapan Nabi dan pulang dalam keadaan marah. Beliau tidak bersabar dan pergi kepada Abu Bakar .

Begitu juga yang terdapat di dalam kitab muktabar Ahlusunnah:
و الله! ما شککت منذ أسلمت إلا يومئذ.
تاريخ الإسلام للذهبي، ج2، ص371 ـ تاريخ مدينه دمشق لإبن عساکر، ج57، ص229 ـ الدر المنثور للسيوطي، ج6، ص77 ـ المصنف لعبد الرزاق الصنعاني، ج5، ص339 ـ صحيح ابن حبان، ج11، ص224 ـ المعجم الكبير للطبراني، ج20،
ص14 ـ جامع البيان لإبن جرير الطبري، ج26، ص129

Demi Allah! Aku tidak syak (terhadap kenabian baginda) sejak masuk Islam melainkan pada hari ini (Tarikh al-Islam Li-Zahabi jilid 2 halaman 371, Tarikh Madinah Dimasyq Li-Ibnu ‘Asakir jilid 57 halaman 229, al-Dur al-Manthur Li-Suyuthi jilid 6 halaman 77, Mushannaf Li-Ibnu Razzaq al-Shan’ati jilid 5 halaman 339, Sahih Ibnu Habban jilid 11 halaman 224, al-Mu’jam al-Kabir Li-Tabrani jilid 20 halaman 14, Jami’ al-Bayan Li-Ibnu Jarir al-Tabari).
Sehingga terdapat di dalam sumber-sumber Ahlusunnah menyatakan dikeranakan saya telah memprotes dan mengesyaki kerasulan baginda, saya telah banyak berpuasa di jalan Allah dan beramal supaya dosaku diampunkan (Sahih Ibnu Habban, jilid 11 halaman 224).

Pertanyaan:
Salah satu propaganda Wahabi ialah, kita hendaklah tidak menukilkan ikhtilaf di antara para sahabat kerana perselisihan yang parah itu bakal menimbulkan kemusykilan terhadap kesahihan al-Quran, kerana mereka adalah perawi dan penghafal al-Quran yang menyampaikannya kepada kita secara berperingkat. Mohon terangkan perkara ini.
Jawapan:
Perkara ini telah diajukan pada hari pertama. Umumnya kami tidak terima perkara ini kerana Rasulullah telah memperkenalkan Al-Quran dan Ahlul Bait sebagai pegangan untuk manusia. Baginda bersabda:
إني تارک فيکم الثقلين کتاب الله و عترتي، إن تمسکتم بهما لن تضلوا بعدي.

Sesungguhnya saya tinggalkan kepada kamu dua perkara berharga iaitu Kitab Allah dan ‘Itrahku, jika kalian berpegang dengan keduanya, kalian tidak akan sesat sepeninggalanku. Baginda tidak bersabda “kitab Allah dan para sahabatku”. Al-Quran dan Ahlul Bait saling menerangkan antara satu sama lain sampai hari kiamat. Kami telah membahaskan tentang hadis Thaqalayn secara berasingan di mana adalah satu kesilapan jikalau kita ingin mengambil pelajaran al-Quran daripada para sahabat. Ia tidak selaras dengan hakikat sejarah.

Sebelum ini kami telah bahaskan bahawa sahabat tidak memperdulikan hadis dan Abu Hurairah berkata, Muhajirin dan Ansar tidak menghiraukan ucapan Nabi kerana asyik berdagang dan bercucuk tanam (Sahih al-Bukhari jilid 1 halaman 38 dan jilid 3 halaman 74; Sahih Muslim jilid 7 halaman 167; Mustadrak al-Hakim jilid 3 halaman 509).

Pertanyaan.
Wahabi ada cara tersendiri berpegang dengan al-Quran dan menggunakan ayat-ayat yang tidak berkaitan untuk menjawab keraguan. Adakah kitab yang dapat saya baca untuk memahami helah Wahabi ini.
Jawapan:
Kitab ‘Ayin Wahhabi’ dan kitab ‘Wahabi, Mabani Fikri wa Karnameh ‘Ilmi’ karangan Hadrat Ayatullah al-Uzma Subhani, dan kitab saya sendiri ‘Wahhabi az Manzare ‘Aql Wa Sar’.

Pertanyaan:
Dalam saluran al-Mustaqillah ada satu soalan mengenai seorang tokoh Syiah yang mengatakan masalah Tajsim dan perbahasan Mukmin al-??q dan Hisham bin Hakam. Benarkah perkara ini dan apakah kita sudah menjawabnya?
Jawapan:
Insyallah kami akan membicarakannya nanti. Dalam jawapan terhadap kitab Qaffari, kami telah menulis hampir 250 halaman dan Insyallah, dalam waktu terdekat nanti, akan kami cetak dan dimasukkan ke dalam web site kami. Yang memasukkan tajsim ke dalam budaya Islam ialah golongan Ahlusunnah seperti Abu Hurairah dan Ka’b bin al-Ahbar. Sebelum Hisham bin Hakam yang meninggal pada tahun 199 Hijrah, Ahmad bin Hanbal sendiri adalah penyebar pemikiran Tajsim. Ibnu Qatadah dan beberapa orang yang lain turut menyebarkan sebelum beliau. Salah satu keraguan yang perlu dijawab ialah apakah Mukmin al-??q atau Hisham bin Hakam menyebarkan pemikiran Tajsim atau ulama Ahlusunnah? Apa saja yang mereka nukilkan daripada Hisham bin Hakam adalah sama sekali pembohongan. dan riwayatnya Dhaif. Terdapat beberapa hadis daripada Hisham bin Hakam dan Mukmin bin al-??q dalam menyangkal dan menafikan Tajsim.

PrintFriendly

View the original article here

Syiah dan Pemakaian Cincin

Salam wa rahmatollah. Bismillah.

Adalah suatu sunat muakkad untuk para lelaki dan wanita kaum muslim memakai cincin di tangan kanan. Para Syiah akan dikenali menerusi simbol-simbol ini, antaranya, memakai cincin di tangan kanan, solat fardhu tepat pada waktunya, memberi zakat serta amal makruf nahi mungkar.

Sebuah hadis dari Salman Al Farisi menyatakan bahawa Nabi(sawa) telah meminta Imam Ali untuk memakai cincin di tsngsn kanan, supaya beliau tergolong dalam golongan Muqarrabin(orang-orang yang dekat dengan Allah swt). Imam bertanya kepada Rasulullah siapakah golongan muqarrabin itu, yang mana Rasulullah menjawab Malaikat Jibril dan Mikael. Kemudian bertanya lagi Imam, tentang batu apa yang beliau perlu pakaikan bersama cincin itu. Rasulullah(sawa) menjawab agar dipakai batu Aqiq, kerana batu ini telah menerima tauhid Allah swt, kenabian Rasulullah sawa dan wilayah Imam Ali serta syurga untuk para sahabat Imam Ali dan Syiahnya.

Imam Ar Ridha as pernah ditanya tentang sebab Imam Ali memakai cincin di tangan kanannya. Imam menjawab ia adalah kerana Imam Ali adalah ketua bagi golongan Ashabi Yamin, yakni orang-orang yang buku amalannya akan diberikan di tangan kanan. Tambah beliau lagi, Rasulullah sendiri memakai cincin di tangan kanan.

Imam as Sadiq telah menyatakan bahawa Rasulullah sawa selalu memakai cincin di jari pertamanya, dan melarang pemakaian cincin di jari tengah. Cincin juga patut berada di posisi hujung jari, di mana ia bersambung dengan telapak tangan.Bacalah doa ini ketika menyarungkan cincin, “Ya Allah, jadikanlah aku dikenali melalui tanda keimanan ini. Jadikanlah kesudahan ku berbaloi dan pengakhiran ku baik walaupun di dunia seterusnya.”

Sunnahnya ialah mengenakan cincin perak. Sudah tentu emas haram untuk lelaki. Memakai cincin besi dan tembaga adalah makruh untuk lelaki dan perempuan. Oleh itu, mengikut kata-kata Imam Sadiq, Rasul meminta agar tidak dipakai cicin besi ketika bersolat.

Berikut ialah hadis-hadis mengenai jenis batu dan khasiatnya.

Aqiq

Aqiq

Imam Muhammad al Jawad(as) mengatakan bahawa Aqiq menghalang kefakiran dan menghilangkan kekeliruan di dalam hati.

Imam As Sadiq berkata, Aqiq membawa keselamatan ketika bermusafir.

Imam al Baqir(as) berkata: “Sesiapa yang mempunyai cincin Aqiq, memusingkannya ke arah telapak tangan, melihat ke arahnya lalu membaca surah Al Qadar, lalu Allah akan melindungi pemakainya seharian, dari segala masalah samada dari langit atau bumi.”

Salah satu dari adab bersolat ialah dengan memakai cincin Fairuz atau Aqiq. Telah diriwayatkan bahawa Allah swt berfirman:

“Aku berasa malu untuk menolak doa orang yang memakai cincin Aqiq atau Fairuz di jarinya.”

Imam Jaafar(as) berkata: Aqiq memastikan keselamatan seseorang sewaktu bermusafir.

Jika seorang Syiah memakai mana-mana salah satu dari 3 jenis Aqiq, antara khasiatnya ialah bertambah rezekinya dan dilindungi dari semua nasib malang, bahaya, kemalangan dan bencana. Ia juga akan melindungi dalam keadaan ketakutan, seperti ketika berhadapan dengan pemimpun zalim.

Yakoot

Yaqoot

Imam al Jawad berkata batu Yakoot(delima) menghilangkan kerisauan.

Imam ar Ridha juga menambah bahawa batu Yakoot memudahkan kesukaran.

Adalah diriwayatkan bahawa cincin yang disedekahkan ketika beliau sedang rukuk adalah cincin berbatu Yakoot, wallahualam

Fairuz

Fairuz

Imam Sadiq menyatakan bahawa barangsiapa yang memakai cincin Fairuz, tidak akan mengharap pada makhluq lain.

Seseorang menziarah Imam Ridha dan mendapati Imam mengenakan cincin Fairuz yang terukir Lilla hil mulk- Allah Tuhan segala kerajaan(3:189)Apabila orang itu terus memerhatikan, Imam bertanya samada beliau dapat mengenali ukiran itu. Orang itu menjawab tidak. Lalu Imam menerangkan bahawa Jibril telah menurunkan cincin ini kepada Nabi sawa sebagai hadiah dari syurga, dan sejak dari baginda, ia telah menjadi warisan turun temurun di tangan para Imam.

Rasulullah bersabda Allah swt mendapati sangat sukar untuk menolak doa orang ysng memakai cincin Aqiq dan Fairuz di jari mereka.

Durr Najaf dan Hadid Sin

Durr Najaf

Imam Sadiq berkata, walaupun sekadar memandang batu Durr Najaf membuatkan hati setiap mukmin gembira dan menghilangkan kesakitan di mata mereka. Imam turut menyatakan beliau mahu setiap mukmin mempunyai 5 cincin. Cincin yang pertama ialah yakoot. Yang kedua ialah Aqiq, sebuah batu yang mempunyai perasaan sayang kepada Allah dan Ahlulbait(as). Batu yang ketiga ialah Fairuz, yang menguatkan mata, meluaskan dada dan menguatkan hati. Mana-mana mukmin yang melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan Fairuz di jarinya, maka pekerjaan itu pasti lancar. Cincin yang keempat ialah cincin Hadid Sin, tetapi bukan selalu. Pakai hanya jika seseorang itu merasa takut akan sesuatu, ia akan menjauhkan syaitan, menghilangkan rasa takut, juga dipakai ketika peperangan. Batu kelima ialah Durr Najaf.

Jed

Imam ar Ridha berkata batu Zajerbad(jed) memudahkan kesukaran, dan menukarkan yang miskin kepada kaya, dan barang siapa yang mengenakan cincin delima kuning(Syarafus Syam) tidak akan menjadi miskin.

Diambil dari “Tahdhib ul Islam” – P.E.T Publications

Imam Ali kerap memakai 4 cincin di tangannya, iaitu Yakoot untuk kecantikan dan kemuliaan, Fairuz untuk bantuan langit dan kejayaan, Hadid Sin untuk kekuatan, dan Aqiq untuk melindungi dirinya dari musuh dan nasib malang.

Oleh itu, tanyalah diri anda, adakah anda mempunyai simbol keimanan ini? Wallahualam

PrintFriendly

View the original article here

Muawiyah dan Pengikutnya Meninggalkan Sunnah Karena Kebencian Terhadap Imam Ali?

Salam wa rahmatollah. Bismillah. Berikut ialah analisi hadis oleh saudara Secondprince.

Percayakah anda bahwa ada orang  yang meninggalkan sunnah karena kebenciannya terhadap Imam Ali. Mau percaya atau tidak semuanya terserah kepada anda sendiri, saya hanya menampilkan riwayat yang memang menyebutkan hal yang demikian.

Telah mengabarkan kepada kami Abu Hasan Muhammad bin Husein Al ‘Alawiy yang berkata telah memberitakan kepada kami ‘Abdullah bin Muhammad bin Hasan bin Asy Syarqiy yang berkata telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin Sa’id A Nasawiy yang berkata telah menceritakan kepada kami Khalid bin Makhlad yang berkata menceritakan kepada kami ‘Ali bin Shalih dari Maisarah bin Habiib An Nahdiy dari Minhal bin ‘Amru dari Sa’id bin Jubair yang berkata “kami di sisi Ibnu Abbas di ‘Arafah, dan ia berkata “wahai Sa’id kenapa aku tidak mendengar orang-orang bertalbiyah, aku berkata “mereka takut kepada Mu’awiyah”. Maka Ibnu Abbas keluar dari tempatnya dan berkata “labbaikallahumma labbaik, dan celaka [terhinalah] Mu’awiyah, ya Allah laknatlah mereka, mereka meninggalkan sunnah karena kebencian terhadap Ali radiallahu ‘anhu [Sunan Baihaqi 5/113 no 9230]

Hadis ini sanadnya hasan. Para perawinya tsiqat kecuali Khalid bin Makhlad dia salah satu syaikh [guru] Bukhari yang diperbincangkan tetapi perbincangan itu tidak menurunkan hadisnya dari tingkatan hasan. Pendapat yang rajih Khalid bin Makhlad seorang yang shaduq hasanul hadits.

Abul Hasan Muhammad bin Husein bin Dawud bin ‘Ali Al ‘Alawiy An Naisaburi. Adz Dzahabi menyebutnya Imam Sayyid Muhaddis Shaduq Musnad Khurasan [Siyar ‘Alam An Nubala 17/98 no 60]. Dia adalah guru Baihaqi yang utama dimana Baihaqi telah menshahihkan hadisnya [Sunan Baihaqi 5/142 no 9408]. Pernyataan Baihaqi kalau sanadnya shahih berarti Baihaqi menganggap Abu Hasan Al ‘Alawiy seorang yang tsiqat.‘Abdullah bin Muhammad bin Hasan bin Asy Syarqiy termasuk seorang yang tsiqat dalam hadis. As Sam’aniy berkata “ia dalam hadis seorang yang tsiqat dan ma’mun” [Al Ansab As Sam’aniy 3/149]. Al Khalili menyatakan ia tidak kuat [Al Irsyad 2/471] tetapi jarh ini tidak memiliki alasan atau jarh mubham apalagi jarh laisa bil qawiy adalah jarh yang ringan dan bisa diartikan sebagai perawi yang hasanul hadits [tidak sampai ke derajat shahih]. Adz Dzahabi mengatakan kalau ia shahih pendengarannya [dalam hal hadis] dari Adz Dzahili dan yang satu thabaqat dengannya dan ia diperbincangkan karena sering meminum minuman yang memabukkan [Mizan Al I’tidal juz 2 no 4664]. Tetapi tuduhan ini masih perlu diteliti kembali karena  besar kemungkinan yang diminum adalah nabiidz.Ali bin Sa’id An Nasawiy Abu Hasan dia seorang yang tsiqat dan tinggal di Naisabur ia mendengar hadis dari Abu Dawud, Abdus Shamad bin Abdul Warits dan Abu Ashim, telah mendengar darinya Ibnu Abi Khaitsamah [Al Irsyad Al Khalili 2/443]Khalid bin Makhlad Al Qazhwaniy adalah perawi Bukhari [termasuk guru Bukhari], Muslim, Abu Dawud dalam Musnad Malik, Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah. Ahmad berkata ia memiliki hadis-hadis mungkar. Abu Hatim berkata “ditulis hadisnya”. Abu Dawud menyatakan ia shaduq tasyayyu’. Ibnu Ma’in menyatakan tidak ada masalah padanya [yang berarti tsiqat]. Ibnu Adiy berkata “ia termasuk yang memiliki banyak riwayat, di sisiku insya Allah tidak ada masalah padanya”. Ibnu Sa’ad menyatakan ia mungkar al hadits dan berlebihan dalam tasyayyu’. Al Ijli berkata “ia tsiqat dan sedikit tasyayyu’ serta banyak meriwayatkan hadis”. Shalih bin Muhammad berkata “ia tsiqat dalam hadis hanya saja dituduh ghuluw”. Al Azdiy berkata “di dalam hadisnya terdapat sebagian yang kami ingkari tetapi di sisi kami ia termasuk orang yang jujur”. Ibnu Syahin memasukkannya dalam Ats Tsiqat dimana Utsman bin Abi Syaibah berkata “tsiqat shaduq”. As Saji dan Al Uqaili memasukkanya dalam Adh Dhu’afa dan Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat [At Tahdzib juz 3 no 221]. Ibnu Hajar berkata “dia shaduq tasyayyu’ dan memiliki riwayat afrad” [At Taqrib 1/263]. Adz Dzahabi berkata “Syaikh [guru] Bukhari yang syiah shaduq” [Man Tukullima Fiihi Wa Huwa Muwatstsaq no 100]‘Ali bin Shalih bin Shalih bin Hay Al Hamdaniy adalah perawi Muslim dan Ashabus Sunan. Ahmad, Ibnu Ma’in, Nasa’i menyatakan ia tsiqat. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat. Al Ijli menyatakan ia tsiqat. Utsman Ad Darimi dari Ibnu Ma’in berkata “tsiqat ma’mun”. Ibnu Sa’ad berkata “tsiqat insya Allah hadisnya sedikit” [At Tahdzib juz 7 no 561]. Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqat dan ahli ibadah [At Taqrib 1/696].Maisarah bin Habib An Nahdiy termasuk perawi Bukhari dalam Adabul Mufrad, Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa’i. Telah meriwayatkan darinya Syu’bah [itu berarti menurut Syu’bah ia tsiqat]. Ahmad, Ibnu Ma’in, Al Ijli dan Nasa’i menyatakan ia tsiqat. Abu Dawud berkata “ma’ruf [dikenal]”. Abu Hatim berkata “tidak ada masalah padanya”. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat. [At Tahdzib juz 10 no 691]. Ibnu Hajar menyatakan ia shaduq [At Taqrib 2/232]. Adz Dzahabi menyatakan “tsiqat” [Al Kasyf no 5752]Minhal bin ‘Amru Al Asdiy termasuk perawi Bukhari dan Ashabus Sunan. Ibnu Ma’in, Nasa’i, Al Ijli menyatakan tsiqat. Daruquthni menyatakan ia shaduq. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat. Abdullah bin Ahmad berkata aku mendengar ayahku mengatakan Syu’bah meninggalkan Minhal bin ‘Amru. Wahab bin Jarir dari Syu’bah yang berkata “aku datang ke rumah Minhal kemudian aku mendengar suara tambur maka aku kembali tanpa bertanya kepadanya. Wahab bin Jarir berkata “bukankah sebaiknya kau bertanya padanya, bisa saja ia tidak mengetahui hal itu”. [At Tahdzib juz 10 no 556]. Ibnu Hajar menyatakan shaduq dikatakan pernah salah [At Taqrib 2/216]Sa’id bin Jubair termasuk perawi kutubus sittah yang dikenal tsiqat. Ia adalah tabiin murid Ibnu Abbas yang terkenal. Abu Qasim At Thabari berkata “ia tsiqat imam hujjah kaum muslimin”. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat dan berkata “ia seorang yang faqih ahli ibadah memiliki keutamaan dan bersifat wara’. [At Tahdzib juz 4 no 14]. Ibnu Hajar berkata “tsiqat tsabit faqih” [At Taqrib 1/349]

Sudah jelas kalau hadis ini sanadnya hasan. Sebagian orang berusaha melemahkan hadis ini dengan melemahkan Abu Muhammad Asy Syarqi Abdullah bin Muhammad bin Hasan karena ia sering minum minuman yang memabukkan [muskir]. Anehnya jika mereka konsisten maka seharusnya mereka juga melemahkan dan menolak para sahabat yang meminum khamar seperti Mu’awiyahdan Walid bin Uqbah. Kenyataannya mereka tetap menerima riwayat kedua sahabat tersebut.

Dan bagi mereka yang akrab dengan kitab rijal maka hal-hal seperti ini cukup ma’ruf [dikenal ] yaitu terdapat beberapa perawi yang tetap dita’dilkan oleh ulama walaupun ia meminum minuman yang memabukkan. Hamzah As Sahmiy mendengar Abu Zur’ah Muhammad bin Yusuf Al Junaidiy pernah berkata tentang perawi yang bernama Ma’bad bin Jum’ah “ia tsiqat hanya saja ia memimum minuman yang memabukkan” [Tarikh Al Jurjani no 951]. Kemudian terkait dengan lafaz yang digunakan dalam kitab rijal, lafaz tersebut bukan “khamar” tetapi “muskir” dimana pada lafaz ini terdapat ulama yang mengatakan kalau yang mereka minum adalah nabiidz. Dan memang nabiidz ini dperselisihkan oleh sebagian ulama kedudukannya. Terdapat para ulama yang menghalalkan nabidz diantaranya An Nakhaiy dan ulama irak lainnya kemudian tetap banyak para ulama yang menta’dil mereka.

Hadis Ibnu ‘Abbas di atas juga dikuatkan oleh jalur lain yang tidak melewati Abu Muhammad Asy Syarqiy dari ‘Ali bin Sa’id dari Khalid bin Makhlad. Ali bin Sa’id An Nasawiy dalam periwayatannya dari Khalid bin Makhlad memiliki mutaba’ah yaituAhmad bin Utsman bin Hakim Al Kufy sebagaimana yang disebutkan dalam Sunan Nasa’i 2/419 no 3993 dimana Ahmad bin Utsman bin Hakin seorang yang tsiqat [At Taqrib 1/42]. Selain itu Ali bin Sa’id juga memiliki mutaba’ah dari Ali bin Muslim As Sulamiy sebagaimana disebutkan dalam Shahih Ibnu Khuzaimah 4/260 no 2830. Ali bin Muslim As Sulamiy adalah syaikh [guru] dari Ibnu Khuzaimah dimana Ibnu Khuzaimah menyebutnya Syaikh Al Faqih Al Imam dan menyatakan hadisnya shahih. Hadis ini juga disebutkan Al Hakim dalam Al Mustadrak no 1706 dengan jalan sanad dari Ahmad bin Haazim Al Ghifari dan Ali bin Muslim keduanya dari Khalid bin Makhlad dari Ali bin Mushir dari Maisarah bin Habib dari Minhal bin ‘Amru dari Sa’id bin Jubair dari Ibnu Abbas. [mungkin disini terjadi tashif dalam sanad Al Hakim yang benar bukan Ali bin Mushir tetapi Ali bin Shalih]

Penjelasan Singkat Hadis

Atsar Ibnu Abbas ini mengabarkan kepada kita situasi yang terjadi di zaman pemerintahan Mu’awiyah. Tampak bahwa pada masa itu terdapat orang-orang yang takut kepada Muawiyah sehingga mereka enggan bertalbiyah padahal itu termasuk sunnah Nabi [shallallahu ‘alaihi wasallam]. Dari riwayat ini maka kita dapat memahami bahwa Mu’awiyah telah melarang orang-orang untuk bertalbiyah di arafah dengan maksud menyelisihi Imam Ali yang teguh melaksanakan sunnah Nabi [shallallahu ‘alaihi wasallam]. Jadi wajarlah kalau orang-orang tersebut takut kepada Muawiyah.

Sikap Muawiyah dan para pengikutnya inilah yang diingkari oleh Ibnu Abbas dimana Ibnu Abbas menyebutnya sebagai “meninggalkan sunnah karena kebencian terhadap Imam Ali”. Hal yang seperti ini memang patut diingkari dan menunjukkan kepada kita bahwa memang Muawiyah dan pengikutnya konsisten untuk menunjukkan kebencian kepada Ahlul Bait sampai-sampai mereka rela meninggalkan sunnah Nabi [shallallahu ‘alaihi wasallam] dan melarang orang melakukannya.

PrintFriendly

View the original article here

Saturday, April 23, 2011

Konsep Laknat Di Dalam Al Quran

KONSEP LAKNAT DI DALAM AL-QUR’AN

Pengenalan

Perkataan la‘nat (laknat) dan pecahannya disebut sekurang-kurangnya 32 kali di dalam al-Qur’an dalam pelbagai perkara yang melanggari perintah Allah dan Rasul-Nya. Mengikut  Muhammad Abu Bakr ‘Abd al-Qadir al-Razi perkataan la‘nat (laknat) memberi erti “pengusiran dan berjauhan dari kebaikan” (al-Tard wa al-Ib’ad mina l-khair) (Mukhtar al-Sihhah, hlm. 108, Cairo, 1950). J. Milton Cowan menyatakan la‘nat adalah “curse”. La‘natullahi ‘Alaihi bererti “God’s curse upon him” (A Dictionary of Written Arabic, London 1971, hlm. 870). Manakala menurut Kamus Dewan pula menyatakan laknat adalah “kemurkaan Allah dan jauh dari petunjuk-Nya; setiap perbuatan jahat akan menerima kutukan (laknat) daripada Allah (Kamus Dewan, hlm. 694, Kuala Lumpur, 1971).

Mereka yang dilaknati di dalam al-Qur’an

Di sini dikemukakan sebahagian daripada mereka yang dilaknati di dalam al- Qur’an seperti berikut:

1Laknat Allah kepada mereka yang mengingkari perintah-Nya

Firman-Nya Sesungguhnya Allah melaknat (mengutuk) orang-orang yang kafir (ingkar) dan menyediakan untuk mereka api yang menyala-nyala” (Al- Ahzab (33):64) “Sesungguhnya di atas engkau laknat sampai hari pembalasan” (Al-Hijr (15):35) “Sesungguhnya  di atasmu laknatku sampai hari pembalasan” (Sad (38):78)

Ini menunjukkan barangsiapa yang mengingkari walaupun satu hukum daripada hukum-hukum-Nya adalah termasuk orang yang ingkar terhadap hukum-Nya. Apatah lagi jika seorang itu menukarkan hukum Allah dengan hukumnya sendiri. Kerana setiap individu Muslim sama ada Nabi (Saw.) atau bukan Nabi tidak boleh menyalahi al-Qur’an. Firman-Nya “Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku mendurhakai Tuhan-ku, akan azab hari yang besar” (Al-An’am (96):15). Jika Nabi (Saw.) merasa takut kepada Allah jika dia mendurhakai-Nya, maka orang lain sama ada yang bergelar khalifah atau sahabat atau mana-mana individu sepatutnya lebih takut lagi untuk mendurhakai perintah-Nya.

2Laknat Allah kepada mereka yang menyakiti-Nya dan Rasul-Nya.

Firman-Nya; “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, nescaya mereka dilaknati Allah di Dunia dan di Akhirat dan Dia menyediakan untuk mereka  seksa yang menghinakan (mereka) (Al-Ahzab (33):57).

Ini bererti barang siapa yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya walau dengan apa cara sekalipun dilaknati Allah, Rasul-Nya,para Malaikat-Nya dan  Mukminun. Sama ada dengan menentang hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya atau menghina Allah dan Rasul-Nya dengan membatalkan hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya di atas alasanmaslahah umum atau sebagainya.

Justeru itu, orang yang menghina Nabi (Saw.) dan  mempersendakan Nabi (Saw.) dengan mengatakan bahawa Nabi (Saw.) “Sedang meracau” di hadapan Nabi (Saw.) “Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi (Saw.)” (al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69). “Sunnah Nabi (Saw.) mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada Umat [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm.3]”. “Orang yang telah mengepung dan membakar rumah anak perempuan Nabi (Saw.), Fatimah (a.s) dan berkata: “Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai’ah kepada Abu Bakar” [Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida,Tarikh, I, hlm. 156],  merampas Fadak daripada Fatimah (a.s) yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi (Saw.) semasa hidupnya (Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II ,hlm.14; Umar Ridha Kahhalah,A’lam al-Nisa’, III, hlm. 208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79, 92), menyakiti hati Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain, kerana Rasulullah (Saw.) bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku, dia menyakiti Allah” “Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku,dan siapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah” “al-Hasan dan al-Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga”  (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm.129-131 dan lain-lain).

Mereka yang membakar Sunnah Nabi (Saw.) (Ibn Sa’d, Tabaqat, V, hlm. 140), “Menghalang orang ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi (Saw.)” [al-Dhahabi,Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 7], mengesyaki Nabi (Saw.) sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan [Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111] , mengubah sebahagian hukum Allah dan sunnah Nabi (Saw.) (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’’ hlm.136) adalah termasuk orang yang dilaknati Allah, Rasul-Nya, para Malaikat-Nya dan Mukminun. Dan jika seorang itu tidak melakukan laknat kepada mereka di atas perbuatan mereka yang dilaknati Allah dan Rasul-Nya, maka dia bukanlah Mukmin yang sebenar. Apatah lagi jika dia mempertahankan perbuatan mereka tersebut sebagai sunnah atau agama bagi bertaqarrub kepada Allah (swt).

3. Laknat Allah kepada mereka yang menyembunyikan hukum-Nya di dalam kitab-Nya

Firman-Nya “Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan apa yang Kami turunkan dari keterangan dan petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada orang ramai, nescaya mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati oleh orang-orang yang mengutuknya” (Al-Baqarah (2):159).

Ini bererti barang siapa yang menyembunyikan hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya yang sepatutnya didedahkan kepada masyarakat, tetapi dia tidak menerangkannya kepada mereka kerana kepentingan tertentu maka dia dilaknati Allah dan orang-orang yang melaknatinya. Apatah lagi jika dia seorang yang mempunyai autoritatif di dalam agama. Kerana konsep hukum Allah tidak boleh disembunyikannya, kerana ia harus dilaksanakannya. Di samping itu, dia tidak boleh cenderung kepada orang-orang yang zalim, kerana Firman-Nya “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, lantas kamu akan disambar oleh api neraka. Dan tidak ada bagimu wali selain daripada Allah, kemudian kamu tiada mendapat pertolongan” (Hud(11):113).

4Laknat Allah kepada mereka yang membohongi-Nya dan Rasul-Nya.

Firman-Nya “Barang siapa yang membantah engkau tentang kebenaran itu, setelah datang kepada engkau ilmu pengetahuan, maka katakanlah: Marilah kami panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan kami dan perempuan kamu dan diri kami dan diri kamu, kemudian kita bermubahalah (bersungguh-sungguh berdoa), lalu kita jadikan laknat Allah atas orang yang berbohong” (Ali ‘Imran (3):61).

Ini bererti mereka  yang membohongi Allah dan Rasul-Nya selepas dikemukakan hukum al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya, tetapi mereka masih membantahnya, maka mereka itu dilaknati Allah dan Rasul-Nya. Ayat ini dikenali dengan ayat al-Mubahalah. Ia berlaku di antara Nabi (Saw.) dan Ahlu l-Baitnya (a.s) di satu pihak dan Nasrani Najran di pihak yang lain.

Nabi (Saw.) telah mempertaruhkan kepada Nasrani Najran (abna’a-na) anak-anak kami (al-Hasan dan al-Husain a.s), (nisa’-ana) perempuan kami (Fatimah a.s) dan (anfusa-na) diri kami (Ali a.s). Imam Ali al-Ridha berkata: “Sesungguhnya ia dimaksudkan dengan Ali bin Abi Talib (a.s). Buktinya sebuah hadis telah menerangkan  maksud yang sama, seperti berikut: ” ... aku akan mengutuskan kepada mereka seorang lelaki seperti diriku [ka-nafsi]” Iaitu Ali bin Abi Talib. Ini adalah suatu keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain, kelebihan yang tidak boleh dikaitkan dengan orang lain dan kemuliaan yang tidak dapat didahului oleh sesiapa pun kerana diri Ali seperti dirinya sendiri” (Muhammad Babawaih al-Qummi, Amali al-Saduq Najaf, 1970, hlm.468).

Akhirnya mereka enggan bermubahalah dengan Nabi (Saw.) dan Ahlu l-Baitnya, lalu mereka membayar jizyah kepada Nabi (Saw.). Jika Nasrani Najran tidak berani menyahuti mubahalah Nabi (Saw.) dengan pertaruhan Ahlu l-Baitnya, kerana kebenarannya, apakah gerangan mereka yang mengakui al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya sebagai asas agama mereka berani menentang Ahlu l-Bait (a.s), kemudian menyembunyikan kebenaran al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya, khususnys mengenai mereka? Jika mereka melakukan sedemikian, nescaya mereka dilaknati oleh Allah  dan Rasul-Nya, para Malaikat-Nya dan Mukminun.

5. Laknat Allah kepada mereka yang mendurhakai-Nya dan Rasul-Nya

Firman-Nya “Telah dilaknati orang-orang yang kafir di kalangan Bani Isra’il di atas lidah Daud dan Isa anak lelaki Maryam. Demikian itu disebabkan mereka telah mendurhaka dan melampaui batas. Mereka tidak melarang sesuatu yang mungkar yang mereka perbuat. Sungguh amat jahat apa yang mereka perbuat” (Al-Ma’idah (5):78-79).

Firman-Nya “Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa yang  mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):35).

Ini bererti barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya; sama ada melakukan perkara-perkara yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya serta tidak melakukan konsep “Amru Ma’ruf wa Nahyu Munkar”, maka mereka dilaknati Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang dilaknati Allah dan Rasul-Nya, maka para Malaikat dan Mukminun akan melaknati mereka.

6. Laknat Allah kepada mereka yang zalim

Firman-Nya “Ahli syurga menyeru ahli neraka: Kami telah memperolehi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami  dengan sebenarnya. Adakah kamu memperolehi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami dengan sebenarnya? Mereka itu menjawab: Ya. Lalu menyeru orang yang menyeru (Malaikat) di kalanggan mereka: Sesungguhnyalaknat Allah ke atas orang yang zalim (iaitu) orang-orang yang menghalangi jalan Allah dan mereka mencari jalan bengkok, sedang mereka itu kafir terhadap Akhirat” (Al-A’raf (7): 44-45) dan, “Barang siapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah, maka merekalah orang yang zalim”) Al-Ma’dah (5):45)

Ini bererti sebarang kecenderungan terhadap orang-orang yang zalim akan di sambar oleh api neraka. Apatah lagi jika seorang itu meredai atau menyokong mereka atau bekerja sama dengan mereka. Saidina Ali (a.s) berkata: “Mereka yang bersekutu di dalam kezaliman adalah tiga: Pelaku kezaliman, pembantunya dan orang yang meridhai kezaliman itu” (Tuhafu al ‘Uqul ‘an Ali r-Rasul, hlm. 23 dan lain-lain. Justeru itu mereka dilaknati Allah dan Rasul-Nya serta Mukminun.

7. Laknat Allah kepada mereka yang mengingkari perjanjian Allah, melakukan kerosakan di bumi dan memutuskan silaturahim

Firman-Nya “Mereka yang mengingkari janji Allah sesudah eratnya dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah supaya diperhubungkan dan mereka yang membuat kerosakan di muka bumi, untuk mereka laknat dan untuk mereka tempat yang buruk” (Al-Ra’d (13):25) dan “Apakah kiranya jika kamu menjadi wali (berkuasa) kamu melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan silatu r-Rahim? Mereka itulah yang dilaknati Allah, lalu Dia memekakkan mereka dan membutakan pemandangan mereka ” (Muhammad (47): 22-23).

Ini bererti mereka yang mengingkari janji Allah dengan mendurhakai-Nya, kemudian melakukan kerosakkan di muka bumi dengan mengubah hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya serta memutuskan silaturahim, maka bagi mereka laknat Allah dan Rasul-Nya.

Justeru itu tidak hairanlah jika Saidina Ali (a.s) telah melaknati mereka yang telah mengubah agama Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Beliau berdoa: Wahai Tuhanku! Laknatilah mereka yang telah mengubah agama-Mu, menukar ni‘kmat-Mu (khilafah), menuduh perkara-perkara yang bukan-bukan terhadap Rasul-Mu (Saw.), menentang jalan-Mu, menyalahi agama-Mu, mengingkari nikmat-Mu, menentang kalam-Mu, mempersenda-sendakan Rasul-Mu…(al-Majlisi, Bihar al-Anwar, Beirut 1991, xxx,  hlm. 393). Sementara Imam Ja‘far al-Sadiq pula berdoa: Wahai Tuhanku! Pertingkatkanlah laknat-Mu dan azab-Mu ke atas mereka yang telah mengingkari ni‘mat-Mu, mengkhianati Rasul-Mu, menuduh Nabi-Mu perkara yang bukan-bukan dan menentangnya…(Ibid, hlm. 395).

Kesimpulan

Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut, maka Laknat boleh atau harus dilakukan kepada mereka yang mempersendakan Allah dan Rasulullah (Saw.), menghina, mengingkari, membatal, mengubah, menangguh dan menggantikan sebahagian daripada hukum Allah (SWT) dan Sunnah Rasul-Nya dengan pendapat atau sunnah mereka sendiri sama ada orang itu bergelar khalifah atau sahabat atau tabi‘in dan sebagainya.

Justeru itu, ungkapan “melaknat khalifah atau sahabat tertentu atau polan dan polan” tidak menjadi perkara sensitif lagi jika kita meletakkan mereka sama ada khalifah, sahabat, individu atau kita sendiri di bawah martabat Rasulullah (Saw.), dan Rasulullah (Saw.) pula di bawah martabat Allah (SWT). Tetapi jika mereka  meletakkan seorang khalifah, sahabat  atau mana-mana individu lebih tinggi daripada martabat Allah dan Rasul-Nya dari segi pengamalan hukum dan sebagainya, maka mereka tidak akan meredai Allah dan Rasul-Nya dengan sepenuhnya di dalam perkara tersebut. Kerana  penilaian kebenaran bagi mereka bukanlah al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.) secara keseluruhannya, malah seorang khalifah atau sahabat menjadi penilaian kebenaran mereka. Lalu mereka menjadikan pendapat atau sunnah “mereka” yang menyalahi Nas sebagai agama bagi mendekatkan diri mereka kepada-Nya.

PrintFriendly

View the original article here

Zainab al Kubra- Aqilah Bani Hashim

Imam Ali Amir al-Muminin(a.s.)1 Shabaan, Tahun 5 Hijrah, di Madina, Saudi Arabia16 Zil-Hijjah di Damaskus, Syria

Telah berlalu 5 tahun setelah kaum Muslimin menemani Rasulullah(sawa) dan keluarga baginda dalam berhijrah ke Madinah, di mana ketika inilah permata di mata Rasulullah, Fatimah(sa) melahirkan zuriat perempuan. Ketika Imam Ali pertama kali melihat anak perempuan beliau, Imam Hussain(as) bersama dengan bapanya, ketika itu baru berumur 3 tahun. Imam Hussain(as) menyatakan kegembiraan beliau: “Wahai bapaku, Allah swt telah memberiku adik perempuan.” Mendengar kata-kata itu, Imam Ali mula menangis, dan apabila Imam Hussain bertanya sebabnya, bapanya menjawab beliau akan tahu tidak lama lagi.

Hazrat Fatimah(sa) dan Imam Ali(as) masih lagi belum menamakan anak perempuan mereka setelah beberapa hari kerana menunggu kepulangan Rasulullah(sawa) yang ketika itu bermusafir untuk memberi cadangan nama. Setelah bayi itu dibawa kepankuan baginda Rasul, Jibril pun turun membawa nama yang bakal menjadi milik bayi itu. Kemudian, Jibril pula tiba-tiba menangis. Rasul(sawa) bertanya mengapa Jibril menangis, lalu beliau menjawab: “Ya Nabi Allah, dari muda lagi, beliau(Zainab) akan terikat dengan ujian dan kesusahan duniawi. Ia akan bermula dengan tangisan beliau ke atas kepergian mu(Rasul), kemudian kehilangan ibundanya, kemudian bapanya, seterusnya abangnya Al Hassan. Setelah semua ujian ini, akan ada pula ujian di tanah Karbala, kesengsaraan dan kesunyian di gurun gersang itu, yang mana mengakibatkan rambutnya beruban dan bongkok belakangnya.”

Mendengar sahaja ramalan ini, seluruh anggota keluarga menangis berlinangan air mata. Imam Hussain(as) kini memahami mengapa bapanya menangis tadi. Rasulullah(sawa) akhirnya menamakan bayi itu sebagai Zainab. Berita kelahiran ini sampai ke telinga Salman al Farisi(ra), dan beliau bergegas pergi menemui Imam Ali untuk mengucapkan tahniah kepadanya. Tetapi beliau terkejut melihat Imam Ali sedang bersedih, yang mana sepatutnya beliau bergembira atas kelahiran ini. Mendengar kisah Karbala dan apa yang akan dihadapi Zainab, Salman juga berlinangan air mata memikirkannya.

Suatu hari, ketika Zainab berumur dalam 5 tahun, beliau mendapat satu mimpi yang aneh. satu hembusan angin yang deras muncul di kota, menggelapkan langit dan bumi. beliau diterbangkan angin deras itu, dan mendapati beliau tersangkut di atas satu dahan yang kemudiannya patah. dalam keadaan panik itu, beliau sempat menangkap dua dahan dedaun, tetapi terlepas, menyebabkan beliau jatuh tanpa sebarang rintangan. Kemudian beliau terjaga. Beliau menceritakan hal ini kepada datuknya(sawa), seraya menyebabkan Rasulullah menangis deras lalu berkata kepada Zainab(sa): “Wahai anakku, pokok itu ialah aku yang akan meninggalkan dunia ini tidak lama lagi. Dahan itu ialah bapamu dan ibumu, manakala dedaunan itu ialah abangmu, Hassan dan Hussain. Mereka akan meninggalkan dunia ini sebelum mu, dan kau akan menderita akibat perpisahan ini.”

Zainab mempunyai satu hubungan yang luar biasa dengan abang-abangnya serta persekitaran yang sangat luat biasa, mengenangkan, beliau mempunyai ramai contoh untuk diikuti, yakni datuknya ialah Rasulullah(sawa), ibunya ialah anakanda rasul, manakala bapanya ialah saudara rasul. Dalam persekitaran suci ini, beliau dengan mudah menerima ilmu Islam dan mencontohi akhlaq “gergasi Islam” disekeliling beliau.

Semasa beliau masih kecil, beliau sudah mampu dengan sepenuhnya bertanggungjawab menguruskan urusan rumah bapanya. Seperti mana beliau mahukan saudara-saudara beliau selesa, maka seperti itu jugalah keperihatinan yang beliau tunjukkan kepada para faqir dan yang tiada berumah. Setelah beliau berkahwin, adalah dilaporkan bahawa suami beliau pernah berkata: “Zainab adalah suri rumah terbaik.”

Dari mula lagi, telah wujud di dalam diri beliau satu hubungan yang sangat utuh dengan abangnya, Imam Hussain. Semasa beliau masih bayi, jika beliau tidak dapat didiamkan tangisan beliau di pangkuan ibunya(sa), maka beliau akan berhenti apabila berada di pangkuan abangnya, menatap wajah sucinya. Sebelum beliau bersolat, acap kali beliau akan menatap wajah abangnya yang tersayang.

Suatu hari, Fatima(sa) menceritakan betapa kuatnya perasaan cinta Zainab kepada abangnya, Hussain(as) kepada Rasulullah(sawa). Baginda menghembuskan satu nafas yang dalam, dan dengan mata yang berlinang, baginda bersabda: “Wahai anakku, cucunda ku ini akan berhadapan dengan 1001 bala bencana dan kesusahan di Karbala.”

Keperibadian beliau mencerminkan keperibadian orang-orang yang membesarkan dan mendidik beliau. Beliau dikaitkan dengan Ummul Mukminin Khadijah dari sudut ketenangan, dikaitkan dengan ibundanya dari sudut kesucian dan kesederhanaan, dengan bapanya, dari sudut kefasihan berhujah, dikaitkan dengan abangnya Imam Hassan(as) dari sudut ketabahan dan kesabaran dan dikaitkan dengan Imam Hussain(as) dari sudut keberanian. Wajah suci beliau menonjolkan ketinggian bapanya dan kemuliaan datuknya.

Apabila sampai masanya untuk berkahwin, ia diadakan dalam satu majlis yang ringkas dan sederhana dengan saudaranya, Abdullah ibn Jaafar al Tayyar. Hz. Abdullah telah dibesarkan dibawah pengawasan Rasulullah(sawa). Selepas kewafatan baginda, Imam Ali mengambil tugas sebagai penjaganya sehingga beliau cukup umur. Beliau membesar sebagai seorang yang kacak, dengan keperibadian yang menyenangkan, dan beliau terkenal dengan layanan beliau yang ikhlas terhadap tetamu serta kemurahan terhadap para faqir yang memerlukan. Bersama, mereka melahirkan 5 orang zuriat, Ali, Aun, Muhammad, Abbas dan Umm Kulthum.

Di Madinah, Zainab kerap mengadakan perjumpaan untuk kaum wanita di mana beliau berkongsi ilmunya dan mengajarkan ilmu-ilmu Islam. Majlis-majlis ini kerap mendapat sambutan. Beliau mampu mengajar dengan fasih sekali dan penggunaan gaya bahasa yang begitu indah sehingga beliau digelar Fasihah dan Balighah.

Kedalaman ilmu beliau membuatkan beliau digelar Alimah Ghayr Mu’allamah oleh anak saudaranya, Imam Ali Zainal Abidin, yang bermaksud, “dia yang berilmu tanpa diajar.”

Antara nama samaran beliau, ialah Zahidah dan Abidah. Beliau sangat-sangat memandang rendah akan perhiasan duniawi, dengan sentiasa memilih kesenangan dan nikmat dunia Akhirat. Beliau selalu mengatakan untuk beliau, dunia ini hanya persinggahan sementara bagi menghilangkan kepenatan untuk satu perjalanan yang panjang.

wallahualam

PrintFriendly

View the original article here