Friday, January 7, 2011

Bidasan Berkenaan Makna Mawla

Salam dan Solawat.

Sejak Aidil Ghadir, macam-macam reaksi diterima oleh pihak penentang Syiah. Macam-macam jawapan balas mereka berikan tentang peristiwa ini. Berkenaan dengan jawapan balas mereka ini, sebenarnya hujah lama, dan telah saya lalui dalam tempoh kajian saya terhadap Syiah dahulu. Oleh itu, saya tahu dan sudah menjangka mereka akan melatah. Ini adalah beberapa point utama hujah balas geng-geng pembenci Syiah terhadap Ghadir Khum.

Percubaan menakwilkan maksud perkataan Mawla dalam peristiwa al GhadirMenetapkan hujah bahawa Imam Ali tidak menuntut jabatan Khalifah sejurus selepas kewafatan Nabi(sawa)Dan beberapa lagi hujah lemah, antaranya berkenaan Imam Ali memohon kesaksian Al Ghadir di zaman pemerintahan beliau, bagi mengenal pasti siapa yang benar-benar menyokong beliau, dan siapa pula yang tergolong dalam golongan penentang. (Yang bestnya, antara yang tidak memberikan kesaksian ialah para sahabat besar juga, aduss)

Seperti yang saya pernah sebutkan sebelum ini, sumber perpecahan utama Sunni dan Syi’i, berpusat dan bermula dari satu perkara sahaja yang paling utama, iaitu Imamah. Sudah tentu jika Sunni mengakui hal-hal berkaitan wilayah Ahlulbait(as) dan perlantikan Imam Ali(as), maka sudah tentu tidak akan wujud lagi Sunni sampai ke hari ini. Oleh kerana setelah hampir lebih kurang 1200 tahun, masih lagi wujud Sunni dan Syiah, maka ini menunjukkan di pihak Sunni ada penakwilan mereka, dan di pihak Syiah juga ada penakwilan mereka tersendiri. Sunni dengan sumber mereka, manakala Syiah dengan sumber mereka dan sumber Sunni pun boleh pakai jugak.

Yang sepatutnya dijadikan garis sempadan ialah menghormati pendapat masing-masing, bukan berusaha mencari hujah balas untuk mengkafirkan pihak lawan. Perdebatan berkenaan hal ini dah 1000 tahun lebih pun, maka tidak perlu la nak jadikan ia isu lagi. Kalian mengatakan peristiwa Ghadir Khum bukan perlantikan Ali, tetapi hanya menunjukkan kemuliaan dan kelebihan beliau(biar betul?), fine! Ada tak kami kafirkan kalian? Ada tak kami membenci kalian? Ada tak kami memburuk-burukkan kalian, jawapannya semua tidak!

Itu pendapat kalian, so kami hormati, manakala kami Syiah pula, berpendapat berdasarkan Nas dari Quran, hadis dan dalil aqli, bahawa peristiwa ini, hanyalah salah satu dari berlambak peristiwa yang menunjukkan pengangkatan Imam Ali sebagai khalifah. Ia sentiasa berkait dengan hadis 12 Imam, Ahlulbait dan Imam Ali. Dengan kami mempercayai perkara ini, bahagian mana dari kepercayaan ini yang membuatkan kami keluar dari Islam? Kenapa perlu kafir dan membenci kami hanya kerana kami mempercayai sesuatu berdasarkan sumber yang dipercayai semua? Bukankah Rasulullah(sawa) dalam kitab hadis kalian pernah sebut:

“Perbezaan pendapat dalam umat ku ialah satu rahmat.”?

Semua ini kerana Syiahfobia yang dihadapi kalian. Penyakit ini menyebabkan kalian cenderung untuk menafikan apa sahaja yang keluar dari mulut Syiah, walaupun ia adalah sesuatu yang kukuh dan logik. Kasihan sekali.

Anyway, kita akan mulakan dengan point nombor 1 bagi artikel ini, iaitu berkenaan maksud mawla, kerana ia adalah point paling utama mereka. Sekali lagi telah saya nukilkan bahawa kenyataan bahawa Rasulullah(sawa) telah menegaskan Imam Ali(as) sebagai mawla bukan di satu tempat sahaja, malah di banyak peristiwa dan waktu, ini dapat dilihat jika kalian membaca kesemua siri Imamah.

Mengikut pendapat saudara kita dari Ahlulsunnah atau lawan kita dari para wahabi, perkataan maula atau wali bererti pencinta, penolong dan kawan, bukan bermaksud pemimpin. Ini kerana Nabi(sawa) mengetahui bahawa Ali mempunyai banyak musuh, maka dengan itu baginda menerangkan kepada ratusan ribu para sahabat bahawa sesiapa yang menganggap baginda sebagai orang yang dicintai, maka Ali juga merupakan orang yang patut dicintai.

Ironiknya pendapat mereka ini membatalkan hujah mereka tentang sifat berkasih sayang antara para sahabat, yang mengatakan para sahabat sentiasa menyayangi antara satu sama lain(hoho!). Ada banyak jalan bagi saya untuk menjawab hujah bidasan mereka. Pendapat mereka bathil antaranya atas sebab-sebab berikut:

1. Telah jelas bahawa peristiwa Ghadir Khum ialah susulan dari turunnya ayat Al Balagh yang memerintahkan Rasulullah menyampaikan perlantikan ini. Ini menunjukkan, tanpa risalah ini, Islam akan menjadi tidak lengkap. Maka cubalah kalian fikirkan, kalaulah peristiwa ini terjadi hanya semata-mata untuk menyatakan bahawa Imam Ali adalah sahabat baginda dan orang yang harus dicintai, apakah perlu sehingga tahap ayat Quran diturunkan? Lagipun, bukankah Imam Ali sebagai sahabat Nabi ialah satu pengetahuan umum dan telah diketahui ramai?

Mereka mengatakan bahawa Rasulullah berbuat begitu setelah terjadi perselisihan faham antara Imam Ali dan seorang sahabat berkenaan hal-hal rampasan perang(again?), maka Rasulullah terpaksa mengisytiharkan di hadapan ratusan ribu para sahabat tentang kedudukan Ali. Setahu saya, kedudukan Imam Ali telah banyak diterangkan dari permulaan dakwah hingga ke akhirnya di banyak tempat, maka saya tidak nampak sebab Rasulullah(sawa) perlu untuk menerangkan sekali lagi perkara ini hanya semata-mata terdapat perselisihan faham. Tidakkah jika benar, tindakan Rasulullah ini nampak redundant(sia-sia)?(Nauzubillah)

Firman Allah swt dalam ayat al Balagh:

“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika kamu tidak kerjakan(apa yang diperintahkan itu bererti) kamu tidak menyampaikan dengan sempurna risalahNya. Dan Allah akan sentiasa memelihara kamu dari ganguan manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk bagi orang-orang yang kafir(menentang). Al Quran(5:67)

Maka secara logiknya, apakah perkara yang terlalu serius, sehingga jika Rasul(sawa) tidak menyampaikan “persahabatan baginda dengan Ali” maka ia bererti Rasul tidak menyampaikan langsung risalah Allah?

Bagi menguatkan lagi dalil Imamah Imam Ali, setelah Rasulullah(sawa) selesai menyampaikan amanah perlantikan itu, ayat Ikmal pula diturunkan bagi menyatakan kesempurnaan agama setelah perlantikan Imam Ali. Apakah yang menyebabkan agama menjadi sempurna, hanya dengan pengisytiharan Imam Ali sebagai sahabat baginda di hadapan ratusan ribu para sahabat? Fikirkanlah..

2. Point seterusnya ialah konteks kata-kata Rasulullah sendiri yang menunjukkan kata mawla itu sebagai pemimpin. Seperti yang dapat kita lihat dalam riwayat Ghadir Khum, Rasul memulakan ucapannya dengan bertanya kepada orang ramai:

“Bukankah aku ini lebih utama dari diri-diri orang mukmin sendiri?”

Ungkapan ini dikuatkan lagi dengan firman Allah swt:

“Nabi itu lebih utama dari diri-diri orang mukmin itu sendiri.” Al Quran(33:6)

Lantas ratusan ribu para sahabat mengakuinya. Seterusnya Nabi bersabda:

“Maka ini juga(Ali) adalah yang paling utama bagi sesiapa yang aku ini lebih utama darinya.”

Menerusi konteks ucapan ini, jelas bahawa apa yang dimaksudkan oleh baginda Rasul adalah “berkuasa” atau “ketua ke atas orang lain” apabila beliau menggunakan perkataan mawla.

Seterusnya kita kaji pula rangkap ini yang berbunyi:

“Sesungguhnya Allah ialah mawla ku dan aku adalah wali bagi setiap mukmin.”

Setelah ini, barulah Rasulullah(sawa) mengucapkan:

“Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai wali, maka ini(Ali) sebagai walinya.”

Jika kita menggunapakai hujah Sunni bahawa perkataan wali itu bermaksud kawan, pencinta dan pembantu, maka apakah logiknya Rasulullah cuba mengatakan “Allah itu hanyalah kawan dan pembantu Nabi, manakala Nabi pula hanyalah kawan dan pembantu kaum Muslimin. Dengan ini Ali hanyalah kawan dan pembantu yang perlu dicintai.” Logikkah pengertian begini? Sungguh tidak sama sekali.

Mustahil bagi seorang Rasul hanya mahu menyampaikan ucapan yang tidak bermakna begini di hadapan ratusan ribu para sahabat sebagai penyempurna risalah. Oleh itu maksud yang paling tepat ialah Allah swt ialah pemimpin bagi Nabi dalam berdakwah. Setelah itu, Nabi pula merupakan pemimpin bagi umat Islam, manakala Ali akan menggantikan posisi itu selepas pemergian baginda.

Ini dikuatkan lagi dengan Ayat al Wilayah yang telah saya bincangkan dalam Imamah Bahagian 5, yang berbunyi:

???????? ??????????? ??????? ??????????? ? ??????????? ?????????? ????????? ?????????? ??????????? ??????????? ??????????? ?????? ??????????

Sesungguhnya wali(pemimpin-pemimpin) kamu ialah Allah, Rasulnya dan orang-orang yang beriman iaitu yang mendirikan solat dan menunaikan zakat ketika mereka sedang ruku’.Dan barangsiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya dan orang-orang yang beriman sebagai pemimpinnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itu yang menang.”Al Quran(5:55-56)

3. Berdasarkan bandingan seluruh teks Ghadir Khum, menyatakan bahawa suasana persekitaran pada hari itu sangat panas. Setelah turun ayat al Balagh, Rasulullah(sawa) telah memerintahkan agar kumpulan yang telah pergi agar pulang semula, manakala bagi kumpulan yang belum sampai agar ditunggu mereka kerana ada wahyu yang wajib untuk di sampaikan. Oleh itu, terkumpullah 120,000 orang para sahabat di al Ghadir. Maka dengan keadaan ini, adakah logik bahawa semua ini hanya semata-mata untuk menyatakan bahawa Ali ialah sahabat baginda? Satu perkara yang telah menjadi pengetahuan umum?  Sudah pasti tidak ada seorang pun yang tidak tahu hubungan rapat antara Rasulullah(sawa) dan Imam Ali(as).

4. Sibt Ibnu Jauzi, iaitu salah seorang ulama Sunni yang bermazhab Hanafi yang masyhur melalui kitabnya Tazkiratul al Khawas, di dalam bab 2 halaman 20 telah memberikan 10 maksud perkataan wali atau mawla. Setelah itu beliau menyimpulkan bahawa tidak ada satupun perkataan yang sesuai dengan maksud yang dikatakan oleh Nabi(sawa) di Ghadir Khum, melainkan maksud ke 10. Beliau berkata: “Hadis tersebut khusus bermaksud ketaatan.” Oleh itu, makna ke 10 adalah yang paling tepat, ianya bererti “ketua di atas yang lain”. Oleh itu, hadis tersebut bermaksud, “sesiapa yang menjadikan aku sebagai ketuanya, maka Ali juga ketuanya.”

Beliau meneruskan lagi: Kata-kata Nabi bahawa Imam Ali mempunyai kuasa atau merupakan ketua di atas diri semua yang beriman dengan jelas membuktikan kepimpinan(Imamah) atau wazir adalah untuk Ali dan kepatuhan kepada beliau adalah wajib.

Seterusnya Allamah Abu Salim Kamaluddin menerusi kitabnya Mathalibus Suul, fasal ke 5 dari bab pertama, memberi komentar setelah mengeluarkan hadis Ghadir Khum seperti berikut:

Sesungguhnya perkataan mawla mempunyai banyak maksud. Sebagai contoh: ketua,penolong,pengganti dan pemimpin. Sementara di dalam hadis ini menunjukkan bahawa apa sahaja yang ada pada diri Rasul, ada pada Imam Ali.

Sebagaimana Nabi adalah ketua bagi umat Islam dalam semua perkara, samada penolong, ketua ata pemimpin, maka semuanya ada pada Ali. Inilah kedudukan paling tinggi yang diperuntukkan kepada Ali. Kerana itulah 18 Zulhijjah merupakan perayaan dan hari bersuka ria bagi pencinta dan penyokong Ahlulbait(as).”

5. Berdasarkan asas ilmu Usul, satu perkataan yang mempunya banyak maksud sebenarnya akan kembali kepada satu kata asas(hakiki). Menerusi kata asas inilah maksud yang lain diambil sebagai kata pinjam(majazi). Pengertian asas bagi maksud mawla ialah ketua. Sebagai contoh:

Wali nikah bererti seorang yang bertindak sebagai pesuruhjawa(berkuasa wakil) atau yang diamanahkan.Wali wanita adalah suaminya.Wali kanak-kanak adalah bapanyaWali ahd bermaksud seseorang yang memiliki kuasa penuh memerintah selepas kemangkatan raja atau ketiadaannya.

Banyak penggunaan bagi kalimat wali atau mawla yang membawa makna sedemikian rupa di dalam bahasa Arab dan penulisan teks-teks ucapan.

6. Kita telahpun mengetahui bahawa makna bagi perkataan wali itu banyak, tetapi anehnya, mengapa Sunni hanya menumpukan maknanya hanya disekitar sahabat, kawan atau penolong sahaja? Kalaupun betul, apakah hujah bandingan yang boleh mereka gunakan bagi membuktikan dakwaan mereka itu? Menentukan maksud itu tanpa bandingan khusus jelas akan menjadikan hujah itu lemah dan tertolak.

Seperti yang dapat kita lihat, hujah yang digunakan oleh Syiah pula jelas bukan hujah kosong tanpa sokongan sebarang bandingan. Bandingan yang dijadikan hujah, kami ambil daripada ayat-ayat al Quran, hadis-hadis Sahih dan pendapat para ulama sendiri. Kesemuanya bersepakat membuktikan maksud yang sama. Bahkan hujah yang paling kukuh ialah keterangan Imam Shaukani yang membawa riwayat dari Ibnu Mardawaih dari Ibnu Mas’ud yang berkata: “Pada masa hidup Nabi, kami membaca ayat al Balagh begini:

“Wahai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu oleh Tuhanmu, iaitu Ali sebagai ketua bagi orang beriman, jika tidak kamu tidak dianggap menyempurnakan risalahNya.”

Inilah pengakuan seorang sahabat agung yang jelas membuktikan ayat al Balagh merupakan penyampaian mesej Ali adalah ketua umat sesudah kewafatan baginda(sawa).

Kesimpulannya, perkataan mawla disini jelas menunjukkan kekuasaan ke atas orang lain, atau bermaksud sebagai pemimpin, seperti yang dapat dibuktikan oleh hujah-hujah di atas. Tidak mengapa jikalau kalian tidak dapat menerimanya, tetapi tidak perlu sampai menjatuhkan hukum takfir semata-mata jika kami mempercayai sesuatu yang kuat sokongannya.

Cukup setakat ini dahulu, insyaAllah saya akan menyambung membincangkan isu ini di lain waktu.

Salam dan Solawat.

PrintFriendly

View the original article here


EmoticonEmoticon