Thursday, January 6, 2011

Etika Bulan Muharram

Bulan Muharram adalah bulan yang terkenal dikalangan pengikut mazhab Syiah sebagai masa untuk berkabung atas tragedi Karbala dan musibah yang menimpa Imam Hussain dan Syiahnya. Disamping kepentingan amalan-amalan berkabung, Ahlulbait(as) dan para ulama kita telah mengajarkan beberapa etika dan sikap yang mesti kita amalkan dalam tempoh ini. Adalah sangat-sangat mengecewakan apabila melihat ramai saudara-saudara kita gagal dalam mengikuti etika-etika ini. Beberapa amalah yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:Saudara sekalian, adalah diriwayatkan bahawa adalah sangat-sangat digalakkan kita berkabung dengan cara menangisi tragedi ini. Kepada mereka yang tidak mampu untuk menangis, cukuplah sekadar menundukkan kepala dan buat seolah-olah menangis. Mungkin akan wujud sedikit perasaan ralat apabila menangis di hadapan kawan-kawan kita,  tetapi janganlah kita sampai ke tahap mempermainkan orang-orang yang menangis ini.Suka juga saya ingatkan di sini bahawa amalan tadbir(ketuk kepala dengan pedang) atau segala amalan merbahaya adalah sangat-sangat ditegah oleh jumhur para ulama Syiah sendiri. Maka eloklah kita beramal dengan cara yang boleh mendatangkan kesan kepada hati kita berbanding fizikal kita. Elakkan amalan-amalan yang menjatuhkan maruah Islam malah seperti meniru agama-agama lain(kavadi?). Jangan lupa prinsip asyura. Cukuplah habis kuat pun, sekadar menepuk dada bagi mendatangkan kesan sedih itu.Bersolek, berdandan dan berhias.Nampak cantik sememangnya merupakan satu bonus kepada kaum hawa, tetapi yang menghairankan ialah mengapa perlunya mereka mengecat muka mereka secara berlebihan malah pergi ke saloon semata-mata untuk menggayakan rambut mereka semata-mata untuk ke majlis merupakan sesuatu yang luar dari pemahaman kita. Kepada saudara lelaki, berpada-padalah dengan gel rambut tu untuk beberapa hari, kita pergi ke majlis untuk berkabung bukan fesyen show.Perbincangan Kumpulan Semasa MajlisAdalah sangat-sangat mengharukan apabila kita melihat sesetengah orang yang tiba-tiba tinggi semangatnya mendengar ucapan speaker, membina kumpulan perbincangan yang tersendiri di dalam majlis itu. Tetapi, kalaulah kita cuba untuk menyertai sendiri kumpulan-kumpulan mini ini, kita akan menjadi sangat-sangat terkejut dengan topik-topik yang dibincangkan. Kalau kumpulan hawa dok pompang pompang hal orang lain, kalau kaum  adam pulak dok pompang-pompang bab politik sukan dan lain-lain. Mengapa mereka memilih waktu ini untuk membincangkan perkara-perkara ini adalah luar dari jangkauan pemikiran kita.Kalau kita memberikan pen dan kertas kepada anak-anak kecil sebagai “rasuah” kepada mereka agar mereka tidak berlari-lari ketika majlis, maka ia adalah satu perkara biasa. Bagaimanapun, akan menjadi sesuatu yang memeranjatkan apabila orang dewasa juga rupa-rupanya memerlukan “rasuah” ini agar mereka tidak bosan dan menganggu orang lain. Kepada mereka yang mempunyai tumpuan perhatian yang lemah, yang tidak dapat menahan diri dari bermesej atau main game di iphone, sekurang-kurangnya tolonglah berhenti ketika tragedi sedang dibacakan. Ini kerana adalah sangat sukar bagi kami untuk menumpukan perhatian kepada Maqtal tetapi dalam masa yang sama mendengar bunyi game dari iPhone kamu.Riwayat dari para Maksumin dengan jelas mengatakan bahawa Asyura ialah hari untuk kita menonjolkan kesedihan kita secara terbuka. Maka ia bermaksud jangan mandi, tiada baju bersih, tiada berdandan dan apa sahaja ucapan kegembiraan. Adalah sangat menyedihkan apabila kita menjadikan keseluruhan hari ini sebagai hari untuk berjenaka, bergosip dan perbincangan tentang sesuatu yang tiada kena mengena dengan mengingati Imam Hussain(as). Asyura ini, demi membetulkan sifat kamu itu, maka bayangkanlah seluruh keluarga kamu dibunuh dihadapan mata kamu sendiri. Kemudian, bersikaplah dengan sewajarnya.Demi melaksanakan aktiviti Muharram ini dengan lancar, maka kita memerlukan banyak logistik dari segi makanan, minuman dan kos-kos utiliti yang lain. Para ustaz dan syeikh yang dijemput perlu juga dibayar upah mereka walaupun mereka tidak meminta, kos kenduri yang kita makan pun bukanlah free, begitu juga bil-bil elektrik akibat aktiviti sempena Asyura pasti melonjak tinggi. Tidak dapat dinafikan, Allah swt maha pemurah dan maha kaya, tetapi sudah pasti wujud perantara dari mana sumber kewangan itu datang, sudah tentu, kamulah perantara itu. Jangan kedekut untuk menderma. Imam Ali(as) pernah berkata: “Jangan malu untuk memberi sedikit, kerana tidak memberi langsung itu lebih besar rasa malunya.”

Begitulah sedikit etika di bulan kesedihan ini, semoga kita dapat menghayati tragedi ini dan seterusnya memberikan impak yang besar terhadap keimanan kita, insyaAllah. Solawat!

PrintFriendly

View the original article here


EmoticonEmoticon