Thursday, January 6, 2011

Pertandingan anti Syiah di Universiti Malik Saud

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) – Perwakilan Mahasiswa Universiti Malik Saud Riyadh bertindak mengadakan pertandingan kebudayaan di kalangan mahasiswa yang tinggal di asrama. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan tindakan Syiah di hari Asyura dan bid’ah-bid’ahnya yang mereka dakwa kononnya bertentangan dengan sunnah nabi (saw).

Menurut pemilihan soalannya, melangsungkan majlis-majlis Asyura di kalangan Syiah adalah Bid’ah dan para pelajar diminta menerangkan contoh-contoh bid’ah itu.

Dua soalan lain meminta penerangan tentang amalan sebenar di hari Asyura. Para pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah pada majlis Asyura yang akan diadakan di universiti tersebut.

Borang pertandingan yang diedarkan kepada pelajar itu juga telah menyebut nama mazhab Syiah secara langsung bahkan disebut dengan nama lain kerana undang-undang negara Arab Saudi tidak membenarkan sebarang unsur-unsur pecah belah di kalangan mazhab-mazhab Islam.

Golongan Wahabi dan sebahagian dari firqah Ahlusunnah mempunyai kepercayaan bahawa hari Asyura ialah hari bahtera nabi Nuh (as) berlabuh di bumi, hari laut terbelah dua untuk nabi Musa (as) dan Bani Israel dan lain-lain lagi… Oleh itu mereka menyambut hari ini dengan penuh kegembiraan.

PrintFriendly

View the original article here


EmoticonEmoticon