Wednesday, January 5, 2011

Cubaan bunuh Ayatullah al-Sistani

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) – Beberapa sumber berita hari ini melaporkan seorang pengganas gagal mengebom dirinya sendiri di dalam rumah Marji’ Taqlid Ayatullah Ali al-Sistani kerana ditangkap oleh pihak berkuasa Iraq.

Walau bagaimana pun menurut sumber yang terdekat dengan pejabat Ayatullah Sistani memaklumkan bahawa sebarang berita mengenai aksi pengganas di sekitar rumah Ayatullah Sistani adalah palsu dan Marji’ Taqlid ini berada dalam keadaan yang selamat dan sejahtera. Selain itu langkah kawalan yang ketat telah diambil bagi menjaga keselamatan Marji’ Taqlid ini.

Perdana Menteri Nuri Maliki dan ketua polis Iraq telah mengerahkan seluruh pasukan keselamatan agar mempertingkatkan kawalan para penziarah makam-makam suci sempena bulan Muharam ini. Menurut pejabat perdana menteri Iraq, kawalan ini akan berlanjutan sampai menjelang Arbain.

Di Karbala juga 25,000 anggota keselamatan polis dan askar telah dikerahkan untuk menjaga keselamatan seluruh penziarah.

Di awal hari perlaksanaan kawalan yang ketat ini, pasukan keselamatan telah berjaya memberkas lebih dari tiga puluh orang yang berhasrat menjalankan operasi keganasan bersama rampasan sejumlah besar senjata api, altileri dan bahan-bahan letupan.

PrintFriendly

View the original article here


EmoticonEmoticon