Wednesday, May 18, 2011

Penyakit Rohani: Ghibah(Mengumpat)

Salam warahmatollah. Bismillahi taala.

Ghibah adalah penyakit hati yang sangat merbahaya kepada struktur sosial sesebuah masyarakat. Kerana itu, ia di kategorikan antara dosa besar dan penyakit hati yang kronik, serta diancam oleh Allah dengan ancaman yang berat.

Firman Allah swt:

..dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.    (Qur’an 49:12)

Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah: “Ya Rasulullah, apa itu Gheebah?” Baginda menjawab: “Ia adalah kata-kata yang dibenci oleh saudara mu.”

Abu Dharr berkata: “Bagaimana jika apa yang dikata itu benar?” Baginda menjawab: “Jika benar maka itu adalah gheebah, jika tidak maka itu menjadi fitnah.”[Al-Hurr al-`Amili, Wasai'l al-Shi`ah, vol. 8, hadith no. 16312]

Akibat Mengumpat

Berikut adalah antara riwayat dari Rasul dan Aimmah kita(solawat kepada mereka semua), tentang ghibah.

Rasulullah memberi nasihat kepada Abu Dzar: “Ya Abu Dharr! Berwaspadalah dengan mengumpat, kerana ia lebih berat dari berzina.” Abu Dhar (r) berkata: “Mengapa begitu?”Baginda menjawab: “Ini kerana, jika seseorang itu berzina dan bertaubat, maka Allah akan mengampuni dosanya, manakala dosa umpatan hanya akan diampuni, apabila dimaafkan oleh mangsanya.”

Al-Hurr al-`Amili, Wasai’l al-Shi`ah, jilid. 8, hadith no. 18312

Nabi(sawa) bersabda: “Sesiapa yang mengumpat mensiakan puasanya dan membatalkan wuduknya’, dan di hari kebangkitan, dia akan dibangunkan dengan bau mulut yang lebih busuk dari bangkai’, dan dia akan bersama golongan setaraf dengannya. jika beliau mati sebelum bertaubat, matinya adalah dalam keadaan menghalalkan apa yang Allah swt haramkan”

Al-Hurr al-`Amili, Wasa’il al-Shi`ah, jil. 8, hadith no. 16316

Imam al-Sadiq (‘a) meriwayatkan dari Rasul(s): “Wahai kamu yang sudah memeluk Islam dengan mulut tetapi keimanan belum memasuki hatinya, janganlah merendahkan kaum Muslim dan mencari kesalahan mereka.  Sesungguhnya Allah akan mencari kesalahan orang yang mencari kesalahan; dan orang ini akan di malukan walaupun di dalam rumahnya.”

Al-Kulayni, al-Kafi, vol. 2, “Kitab al-Iman wa al-Kufr”, “Bab man talaba ‘atharat al-Mu’minin“, hadith no. 2

Imam al-Sadiq (‘a): “Kesan kepada iman akibat mengumpat adalah lebih buruk dari kesan aklah(penyakit memakan kulit).”

Al-Kulayni, al-Kafi, vol. 2, “Kitab al-Iman wa al-Kufr”, “Bab al-Gheebah wa al-Buht“, hadith no. 1

Apabila mengumpat menjadi sebahagian dari tabiat kita, ia meninggalkan kesan buruk kepada roh. Antaranya adalah bertambahnya kebencian dan permusuhan kepada orang yang diumpat. Di saat kematian, apabila hijab diangkat, pengumpat itu akan dibawa menyaksikan kemuliaan orang yang diumpat disisi Tuhannya yang kemudiannya akan membuat si pengumpat membenci Tuhannya. Maka dia akan meninggalkan dunia ini dalam keadaan membenci Tuhan dan memasuki kecelakaan berkekalan.

Larangan Mendengar Umpatan

Larangan mengumpat juga termasuk dengan larangan mendengarnya. Dalam sesetengah hadis, memang menyebutkan, bahawa orang yang mendengar umpatan adalah pengumpat itu sendiri yang mengwajibkan si dia meminta maaf kepada orang yang diumpat.

Nabi(sawa) bersabda: “Pendengar umpatan adalah salah seorang dari pengumpat.”

Al-Fayd al-Kashani, Al-Mahajjat al-Bayda’, vol. 5, hal. 260

Imam al-Sadiq (‘a) meriwayatkan bahawa Rasulullah melarang mengumpat dan mendengarnya.  Kemudian beliau menyambung: “Barangsiapa yang membantu saudaranya yang diumpat, Tuhan akan membantunya dari seribu kejahatan di dunia dan akhirat.  Dan jika beliau tidak membantu walaupun mampu, maka beliau menerima beban mengumpat 70 kali lebih berat.”

Al-Hurr al-`Amili, Wasa’il al-Shi`ah, vol. 8, hadith no. 16316

Salah satu bentuk mengumpat yang licik ialah orang yang mendengar umpatan dengan penuh kekaguman.  Orang seperti ini menyatakan kekagumannya untuk membuat si pengumpat lebih bersemangat dalam mengumpat. Kekaguman ini adalah salah satu dari alat-alat syaitan.

Kuliah al-Shahid al-Thani’s dari 40 Hadis tulisan Ayatullah Khomeini.

Adakah Mengumpat Dibenarkan?

Hanya ada beberapa situasi di mana kita dibenarkan untuk bercakap tentang kesalahan orang lain.Bagaimanapun, kita mesti berhati-hati agar tindakan kita tidak bertukar menjadi satu dosa.Antara situasi ini adalah:

melindungi seorang Muslim dari kejahatan orang lain: contohnya dalam situasi  memperkenalkan sifat bakal suami/isteriJika orang yang diumpat itu langsung tidak menyembunyikan kejahatannyamenceritakan aib seorang pesakit kepada doktor demi mendapatkan rawatanmengkritik perawi hadis.

Ubat Penyakit Ini

Jika seseorang itu telah bersalah melakukan dosa hina ini, beliau perlu membuang kejahatan dan memupuk sifat ikhlas, kesatuan dan berkasih sayang di dalam hatinya dengan langkah-langkah berikut:

Bermuhasabah sebentar tentang kesan dosa ini di dunia dan akhirat.Fikirkan seksa dan azab yang bakal kamu terima di dalam kubur, hari kebangkitan dan akhirat nanti.  Ambillah nasihat Rasul(sawa) dan Ahlulbaitnya(as) kerana ilmu mereka jauh melampaui kamu dalam hal ini. Pertimbangkanlah kenikmatan beberapa jam bergosip, mengata dan mengumpat dengan ribuan tahun seksaan azab dari Allah swt.Pertimbangkan: walaupun kamu bermusuhan dengan orang yang kamu umpat itu, jangan biarkan permusuhan itu membawa kepada mengumpat.  Telah diriwayatkan di dalam hadis, bahawa dosa si mangsa akan dipindah kepada kamu, dan pahala kamu akan dipindahkan kepada mangsa.Bertaubat dan meminta keampunan dari mangsa, jika boleh dilakukan tanpa mengakibatkan sebarang pergaduhan, jika tidak, kamu mesti memohon rahmat Allah ke atas mangsa itu.Kumpulkan keseluruhan tenaga kamu untuk membersihkan rohani kamu dari dosa ini, dengan membuat perjanjian dengan diri kamu untuk satu tempoh waktu. Kawallah diri kamu dan sentiasa waras akan perbuatan kamu. InsyaAllah, selepas beberapa waktu, kamu akan mendapati diri kamu berubah dan bebas dari segala kecacatan moral. Lama kelamaan, kamu sendiri akan mendapati diri kamu membenci dan menjauhi dosa terkutuk ini.Mengumpat selalunya diakibatkan oleh kelemahan di dalam jiwa pengumpat itu. Merasa rendah diri, dan serba kurang dari orang lain, akan membawa kepada sifat cemburu dan seterusnya mengumpat. Carilah di dalam diri kamu apa sebenarnya yang kamu resahkan, dan kemudian carilah ubatnya.

Kesimpulan:

Nabi(sawa) bersabda: “Tiada yang lebih pantas dari api yang membakar kayu kering melainkan Gheebah yang membakar kemuliaan seorang Muslim.”      [Al-Mahajjat al-bayda', vol. 5, hal. 264]

Harap kita bersama-sama boleh mengambil iktibar, dan sentiasa mengawal diri dari terjerat dengan jerat syaitan ini.

PrintFriendly

View the original article here


EmoticonEmoticon