Wednesday, May 18, 2011

Perawi Syiah Dalam Hadis Sunni

Salam wa rahmatollah

Antara hujah Wahabi dalam percubaan mereka untuk mengdiskreditkan hujah-hujah yang dibawa oleh Syiah, adalah dengan mendhaifkan hadis yang di bawa Syiah, dengan alasan perawi sesebuah hadis itu adalah Syiah dan wajib ditolak. Pendapat ini jelas batil kerana, mengikut kajian kami bersandarkan kepada fakta yang kuat, para Imam Hadis Sunni, ramai dari mereka yang mengambil hadis dari perawi Syiah, malah, mengredkan mereka sebagai tsiqah, yakni boleh dipercayai. Jika mereka sendiri boleh mempercayai perawi Syiah, maka mengapa tidak kalian? Ternyata ini hanyalah helah desperate Wahabi. Berikut adalah antara Syiah Rafidi yang dijadikan sebagai perawi oleh Imam-Imam besar, muhaddithin Sunni.

1. Ubayd Allah b. Musa al-’Absi

Beliau merupakan perawi bagi kitab-kitab tersebut:

Sahih Bukhari [kitab al-'iman]Sahih Muslim [kitab al-'iman]Sahih al-Tirmidhi [kitab al-salat]Sunan al-Nasa’i [kitab al-sahw]Sunan Abu Dawud [kitab al-taharah]Sunan Ibn Majah [kitab al-muqaddamah]

Pendapat tentang beliau:

“Abu Daud berkata:  Beliau ialah seorang Syi’i yang kuat, hadis beliau adalah dibenarkan….Ibn Mandah berkata: Ahmad ibn Hanbal selalu menunjukkan ‘Ubaydullah kepada masyarakat, dan beliau terkenal sebagai Rafid (Syiah Ali yang ekstrim),dan beliau tidak akan membenarkan orang yang bernama Muawiyah memasuki rumahnya.’[Mazhab Imam Hadis, Bukhari dan para perawinya(Percetakan Salafi, UK, 1997), ms. 89 ;Al-Dhahabi, Siyar A'lam al-Nubala, jilid. 9, ms .553-557]Seorang yang soleh, salah seorang sarjana Syiah yang penting … dianggap tsiqah oleh Yahya b. Ma’in, Abu Hatim beliau seorang yang tsiqah dan boleh dipercayai … al-’Ijli berkata: Beliau merupakan seorang pakar Quran…”[Al-Dhahabi, Tadhkirat al-Huffaz di bawah tajuk "'Ubayd Allah b. Musa al-'Absi"]

2. Abbad b. Ya’qub al-Rawajini

Beliau merupakan perawi bagi kitab berikut:

Sahih Bukhari  [kitab al-tawhid]Sahih al-Tirmidhi  [kitab al-manaqib]Sunan Ibn Majah  [kitab ma ja' fi al-jana'iz]

Pendapat tentang beliau:

Beliau seorang Rafidi yang boleh dipercayai dan hadisnya ada di dalam (Sahih) al-Bukhari.[Ibn Hajar al-'Asqalani, Taqrib al-Tahdhib, di bawah tajuk "'Abbad b. Ya'qub al-Rawajani"]Abu Hatim berkata: Beliau ialah seorang Syeikh yang terpercaya.  Ibn ‘Adi berkata: Beliau kerap menolak para Salaf. Beliau ialah seorang Syiah ekstrim.  Salih b. Muhammad berkata: Beliau pernah mengkritik Usman, Ibn Hibban berkata: beliau ialah seorang Rafidi yang mengajak (orang lain ke aqidahnya).  beliau meriwayatkan hadis ini …, “Jika kamu melihat Muawiyah di mimbar ku, maka bunuhlah dia!”[Ibn Hajar al-'Asqalani, Tahdhib al-Tahdhib, di bawah tajuk "'Abbad b. Ya'qub al-Rawajani"]

3. ‘Abd al-Malik b. A’yan al-Kufi

Sahih al-Bukhari [kitab al-tawhid]Sahih Muslim [kitab al-'iman]Sahih al-Tirmidhi [kitab tafsir al-Qur'an]Sunan al-Nasa’i [kitab al-'iman wa al-nudhur]Sunan Abu Dawud [kitab al-buyu']Sunan Ibn Majah [kitab al-zakah]

Pendapat tentang beliau:

Beliau ialah seorang Syiah Rafidi seorang yang bijak berpendapat.[Abu Ja'far al-'Uqayli, Du'afa al-'Uqayli, di bawah tajuk "'Abd al-Malik b. A'yan"]Beliau seorang Rafidi, dipercayai (saduq).[Al-Mizzi, Tahdhib al-Kamal, di bawah tajuk "'Abd al-Malik b. A'yan"]Al-’Ijli berkata: Beliau berasal dari Kufah, seorang Tabi’i , dipercayai.Sufyan berkata: ‘Abd al-Malik b. ‘A’yan yang Shi’i meriwayatkan, beliau ialah seorang Rafidi pada kami, seorang yang bijak berpendapat. Hamid berkata: ketiga-tiga beradik itu, ‘Abd al-Malik, Zurarah, and Hamran semua mereka ialah Rawafid. Abu Hatim berkata:  Beliau adalah antara Syiah yang awal, beliau seorang yang benar, mempunyai hadis yang bagus dan hadis beliau tertulis.[Ibn Hajar al-'Asqalani, Tahdhib al-Tahdhib, di bawah tajuk "'Abd al-Malik b. A'yan"]

4. Abd al-Razzaq al-San’ani

Sahih Bukhari  [kitab al-'iman]Sahih Muslim  [kitab al-'iman]Sahih al-Tirmidhi  [kitab al-taharah]Sunan Nasa’i  [kitab al-taharah]Sunan Abi Dawud  [kitab al-taharah]Sunan Ibn Majah  [kitab al-muqaddamah fi al-'iman]

Pendapat tentang beliau:

Ibn ‘Adi berkata:  mereka (para ulama) tidak nampak sebarang masalah pada hadis beliau kecuali beliau dikenali sebagai Syiah… seorang yang bermaruah … merawikan hadis kemuliaan Ahlulbait dan keburukan yang lain. Mukhlid al-Shu’ayri berkata:Aku bersama ‘Abd al-Razzaq apabila seseorang menyebut Mu’awiyah.  ‘Abd al-Razzaq berkata: ‘Jangan mencemarkan perhimpuanan ini dengan menyebut keturunan Abu Sufyan!’.[Al-Mizzi, Tahdhib al-Kamal, "'Abd al-Razzaq al-San'ani"]Ibn ‘Adi merawikan dari ‘Abd al-Razzaq…, “Jika kamu melihat Muawiyah di mimbar ku, maka bunuhlah dia!”.[Al-Dhahabi, Mizan al-'I'tidal, "'Abd al-Razzaq al-San'ani"]

5. Awf b. Abi Jamilah al-’A'rabi

Sahih Bukhari  [kitab al-'iman]Sahih Muslim [kitab al-masajid wa mawadi' al-salat]Sahih al-Tirmidhi [kitab al-salat]Sunan Nasa’i [kitab al-taharah]Sunan Abi Dawud [kitab al-salat]Sunan Ibn Majah [kitab al-salat]Beliau seorang Rafidi tetapi dipercayai… Dianggap tsiqah oleh ramai ulama, dan beliau seorang Syiah

[Al-Dhahabi, Siyar A'lam al-Nubala, "'Awf b. Abi Jamilah"]

‘Awf ialah seorang Qadari, Syi’i, dan Shaytan!

[Abu Ja'far al-'Uqayli, Du'afa al-'Uqayli, "'Awf b. Abi Jamilah"]

Al-Nasa’i berkata: Sangat dipercayai.

[Al-Mizzi, Tahdhib al-Kamal, "'Awf b. Abi Jamilah"]

Cukup lah sekadar saya memuatkan 5 nama contoh, dari ratusan perawi Syiah lain yang diterima oleh ulama Muhaddithin Sunni, dan mereka bersaksi atas kebenaran mereka, kerana jika tidak, masakan mereka akan dijadikan sumber perawi? Ternyata kesimpulannya di sini, jika hadis mereka di tolak, maka sebahagian besar hadis Sunni akan hilang dari kitab-kitab mereka, oleh itu selepas ini, jangan menolak sesuatu riwayat hanya kerana perawinya Syiah. Wallahualam

PrintFriendly

View the original article here


EmoticonEmoticon